PENDAHULUAN Bahasa Melayu hari ini melalui banyak peristiwa dalam menongkah masa, sebelumnya menjadi sebuah “lingua franca” yang mana martabatnya diangkat, tatkala zaman berubah, bahasa Melayu semakin hilang taring dan kuasanya, namun hari ini kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin, dari segi peruntukkan dalam perlembagaan dan juga penggunaannya yang luas. Dasar Pelajaran Kebangsaan negara telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat Malaysia, dan hari ini bahasa Melayu dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasabahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa yang lain walaupun kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi sering tercabar pada masa kini. Banyak cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Justeru itu, kerajaan telah mengorak langkah dalam mempertahankan bahasa tersebut. Pelbagai usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia seperti program Bulan Bahasa, Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan, Bahasa Jiwa Bangsa, Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan sebagainya. Bahasa kebangsaan sesebuah negara hendaklah bersifat standard atau baku, kerana dengan bersifat demikian barulah dapat bahasa itu menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pengantar ilmu yang tinggi dan bahasa perhubungan rakyat jelata. Sesuatu bahasa haruslah distabilkan dengan sistem pengekodan yang sesuai untuk memungkinkan bahasa itu berfungsi dengan baik. Salah satu aspek pengekodan bahasa ialah pembentukan norma yang diterima dan digunakan sebagi panduan oleh penutur bahasa tersebut. Justeru, dalam kertas kerja ini akan membincangkan tentang ‘Pengajaran Tatabahasa Dalam Konteks’ tatabahasa.
yang berkaitan dengan prinsip-prinsip, kaedah dan teknik dalam pengajaran
1.0 Prinsip Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu
Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukkan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran tatabahasa, terdapat beberapa prinsip pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui.Pertama, guru perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang hendak disampaikan kepada murid. Perancangan yang rapi boleh menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran seseorang guru itu dengan lebih bermakna.
Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran tatabahasa daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan kesukaran murid untuk memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Tambahan pula, dalam sesuatu bilik darjah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasannya, iaitu ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan ada yang murid yang lambat (slow learner). Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi pelajaran tatabahasa dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid. Di samping itu, dalam pengajaran tatabahasa guru perlu menyediakan latih tubi yang banyak. Latih tubi yang disediakan dan diberikan kepada murid sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan mampu mengekalkan ingatan aspek tatabahasa yang dipelajari dengan kukuh. Melalui latih tubi yang diberikan kepada murid, guru akan dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh murid-murid dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya bagi membantu murid-murid tersebut. Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan mengajar dan bahan rangsangan dalam pengajaran tatabahasa mampu
menarik minat murid untuk mempelajari isi pelajaran atau aspek tatabahasa yang disampaikan. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat membantu dan memudahkan penyampaian guru dalam bilik darjah. Sebelum seseorang guru mengajar aspek tatabahasa, guru tersebut hendaklah mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan. Prinsip ini amat penting bagi mengelakkan maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid mempelajari tatabahasa. Aspek tatabahasa mempunyai banyak rumus atau hukum bahasa. Walau bagaimana pun, prinsip pengajaran tatabahasa tidak menggalakkan murid atau pelajar untuk menghafalkan rumus atau hukum bahasa tersebut. Sudah mencukupi, kalau murid itu sudah memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana prinsip pengajaran tatabahasa juga menekankan aspek tatabahasa diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa di samping ia diajar dan digunakan dalam konteks mengikut kesesuaian. Selain itu juga, prinsip pengajaran tatabahasa juga menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Ini kerana pemahaman dan penguasaan dalam aspek tatabahasa yang terdiri daripada banyak hukum-hukum bahasa dan peraturannya akan dapat membantu seseorang itu menguasai dengan lebih baik.
PENGAJARAN TATABAHASA DALAM KONTEKS Ada beberapa istilah dan konsep yang perlu diberi definisi yang berkaitan dengan pengajaran tatabahasa supaya kita dapat melihat dengan jelas kepentingannya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa di dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa, banyak waktu yang digunakan untuk mengajar tatabahasa. Justeru, dalam hal ini istilah pendekatan, kaedah dan teknik juga perlu kita ketahui terlebih dahulu.
Pendekatan Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa. Antaranya pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektik dan pendekatan 4P(Pengenalan, Penyampaian, Penilaian, Penerapan). Pendekatan induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan ini, murid diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, iaitu diberitahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran tersebut. Menurut John, M.Kierzik dan Walker Gibson(1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab ata contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru akan mengumpulkan contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaiamana ai berfungsi dan membantu murid untuk menghasilkan satu kesimpulan yang sesuai.
Pendekatan
deduktif
pula
merupakan
satu
pendekatan
mengajar
yang
mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu. Seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif juka memerluka penaakulan yang tinggi. Dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran itu akan dimulakan dengan melihat hukumhukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu. Dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh atau mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberi. Dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan ini, murid akan menuju ke sesuatu fakta dengan menggunakan
peraturan, formula, maklumat-maklumat tertentu, syor-syor atau generalisasi yang telah diterima terlebih dahulu. Dalam hal ini, sewaktu belajar, pemikiran murid akan bergerak daripada yang am kepada yang lebih khusus.
Pendekatan 4P
ialah satu lagi pendekatan yang dianggap berkesan untuk
penguasaan tatabahasa. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Floyd Bergman (1970) yang menggunakan kependekkannya sebagai I.D.E.A. Menurut pendekatan ini, pengajaran unsur-unsur tatabahasa boleh dijalankan dalam empat peringkat iaitu Pengenalan (Introduction),
Penyampaian
(Deliberation),
Penerapan(Application). Pendekatan 4P
Penilaian(Evaluation)
dan
menggabungkan segala kebaikan yang ada
dalam pendekatan induktif dan deduktif. Sesuai dengan pendapat golongan menatalis dan behaviuris, Bergman yang mengasaskan pendekatan ini tidak menolak keupayaan mental dan keperluan persekitaran dalam proses pembelajaran. Beliau mempercayai bahawa pembelajaran unsur-unsur tatabahasa memerlukan proses mental di samping banyak ulangan, latihan dan latih tubi. Dari segi aktiviti-akitivti yang perlu diketengahkan, gabungjalin ketiga kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran lisan, membaca dan menulis adalah ditekankan.
Pendekatan elektik pula merupakan satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Ia menggabungkan segala ciri baik yang terdapat dalam pendekatan tersebut untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tertentu. Pengambilan ciri yang baik daripada beberapa pendekatan ini bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang, berfaedah dan berkesan.
Kaedah Menurut Abdullah Hassan(1986), kaedah adalah sebagai langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagianbahagiannya , sesuai dengan pendekatan yang dipegangnya. Beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa iaitu antaranya kaedah nahu terjemahan, kaedah terus, kaedah audio-lingual(dengar sebut), kaedah kognitif dan……………….
Kaedah nahu terjemahan menitikberatkan pelajar-pelajar menghafaz rumus-rumus tatabahasa dan ayat-ayat yang dikemukakan oleh pelajar mengarah kepada pola atau struktur yang terdapat dalam rumus tatabahasa berkenaan. Perbendaharaan kata diberikan di pangkal pengajaran menerusi terjemahan dan tumpuan pengajaran kerap mengarah kepada kesalahan umum dalam penggunaan bahasa. Kaedah ini lebih cenderung menghurai bahasa tulisan dan mengetepikan langsung bahasa pertuturan atau kemahirankemahiran komunikasi terlalu banyak tekanan pengajaran diarahkan kepada pengetahuan peraturan bahasa dan kekecualian-kececualiannya.
Kaedah terus pula yang dikemukakan oleh Berlitz menekankan penggunaan struktur dan perbendaharan kata bahasa seharian dalam situasi yang aktif. Komunikasi di dalam kelas terbentuk melalui interaksi antara guru dengan murid. Bahasa sasaran terus atau langsung diajar tanpa menggunakan terjemahan-terjemahan daripada bahasa ibunda. Bahan-bahan pengajaran disusun mengikut rumus-rumus nahu dan disampaikan secara latih tubi bagi membiasakan pelajar dengan pola-pola atau struktur ayat yang dipelajarinya Kemahiran berbahasa akan terbentuk melalui latihan yang berulang-ulang melalui pertuturan.
Kaedah dengar sebut(audio-lingual) ini berorientasikan kemahiran mendengar dan bertutur, walaupun kemahiran membaca dan menulis tidak ketinggalan. Kaedah ini juga menekankan program pembelajaran bahasa untuk perhubungan atau komunikasi. Ada
empat ciri kaeda dengar sebut ini seperti mana yang diketengahkan oleh Abdul Majid(1980) iaitu :
biasanya setiap perkara yang hendak dipelajari disampaikan dalam bentuk lisan , sebelum perkara tersebut wujud dalam bentuk tulisan
kaedah pembelajaran bergantung kepada kebolehan menganalisis perbezaan di antara bahasa penutur dengan bahasa yang dipelajari secara saintifik
penekanan harus diberikan dalam latih tui mengenai bentuk bahasa itu dinamakan latihan pola(pattern practice)
memerlukan keadaan yang nyata di dalam perhubungan di antara individu dengan individu yang lain.
Selain daripada ciri-ciri tersebut, kaedah dengar sebut ini mengutamakan dialog sebagai alat yang ampuh menerangkan sesuatu bahasa dan penekanan yang berulang-ulang untuk melahirkan suatu tabiat. Kaedah ini tidak memberikan tumpuan kepada pengajaran ilmu tatabahasa dan menolak pendekatan kaedah nahu terjemahan yang berbentuk intelektual yang cuba menghuraikan permasalahan bahasa. Proses pembelajaran dilihat sebagai satu tabiat dan pelaziman tanpa melibatkan analisis yang bersifat inteletual atau menggerakkan daya fikir dan kreatif. Latihan-latihan berbentuk mudah dan aktif supaya pembelajaran tidak dianggap sebagai satu bebanan pemikiran. Kaedah ini juga menerapkan penggunaan peralatan mengajar seperti benda-benda maujud, gambar dan makmal bahasa. Penekanannya disampaikan secara berulang-ulang untuk membiasakan penggunaan bahasa seperti menerusi teknik latih tubi yang membolehkan para pelajar membuat gerak balas hasil daripada rangsangan guru.
Kaedah kod kognitif ini lebih bersifat analisis sedangkan kaedah dengar sebut pula digerakkan secara analogi. Perbezaan yang jelas antara kaedah dengar sebut dengan kaedah kognitif ini ialah penggunaan pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.Dengan analisis, pelajar menggunakan fikirannya untuk memahai sesuatu rumus tatabahasa. Azman Wan Chik (1968) menerapkan beberapa ciri kaedah kognitif iaitu menguasai dengan secara sedar pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal sesuatu bahasa, pembelajaran dengan menganalisis pola-pola dan menekankan pemahaman para pelajar akan struktur sesuatu bahasa daripada kesenangan menggunakan struktur tersebut. Para pengkaji pendidikan menyifatkan kaedah ini merupakan lanjutan atau penyesuaian kaedah nahu terjemahan. Dalam bentuknya yang baru, kaedah ini memberatkan soal penguasaan bahasa secara sedar, iaitu bahasa sebagai satu sistem yang bermakna.
2.0 Kaedah Pengajaran tatabahasa secara tidak langsung (Rancangan Pengajaran Harian) Berikut merupakan sebuah rancangan pengajaran harian bahasa Melayu yang menggunakan kaedah tidak langsung dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu, mengikut Noraini (2003), pengajaran secara tidak langsung merupakan satu penekanan dibahagian yang penting dan memerlukan latihan agar dapat memberikan kesan terhadap murid tersebut. Rancangan Pengajaran Harian Tahun
: 4 Nilam
Bilangan murid : 30 orang Masa
: 7.30-8.30 pagi
Tema
: Keluargaku sayang
Tajuk
: Keluarga Bahagia
Fokus utama : 5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul
Fokus sampingan : 8.1
Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.
Objektif : Akhir pembelajaran, murid dapat : i) membaca kuat teks “Keluarga Bahagia” dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii) menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi perbualan iii) membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja dengan betul.
SISTEM BAHASA Tatabahasa – Kata panggilan dan kata ganti nama diri
Pengisian kurikulum Ilmu : Pendidikan Moral Nilai : Kasih sayang
Kemahiran bernilai tambah Kemahiran berfikir - menjana idea, mengkategori
ALAT BANTU MENGAJAR
Video “Lagu Keluarga Bahagia-Saujana”
Teks cerita “ Keluarga Bahagia”
Komputer
LCD
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid mampu bercerita tentang keluarga mereka.
Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
Catatan
Pembelajaran Video “Lagu Keluarga Bahagia- Saujana”.
Set Induksi (5 minit)
Soalan :
Apakah keluarga?
Keluarga terdiri daripada?
Murid menonton tayangan video “Lagu Keluarga Bahagia” Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan video dan lirik lagu tersebut.
Kemahiran berfikir
Nilai : Kasih sayang
BBM :
Klik di bawah untuk paparan video "Lagu Keluarga Bahagia"
Teks “Keluarga Bahagia”
Langkah 1 (20 min):
Video "Lagu Keluarga Bahagia"
Kemahiran membaca
Soalan :
Apakah peranan ayah?
Apakah sifat ibu?
Penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri
Murid membaca kuat teks tentang “Keluarga Bahagia” secara kelas, kumpulan dan individu. Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan yang dibaca.
Langkah 2 (20 min):
Guru menerangkan kegunaan kata panggilan dan kata
BBM
Klik di bawah untuk paparan teks "Keluarga Bahagia"
Teks Keluarga Bahagia
Kemahiran Lisan
ganti nama diri.
Ayat tunggal
Murid mengeluarkan kata panggilan dan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan.
Murid melakonkan satu situasi yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama yang betul.
Langkah 3 (10 min)
Kata kerja Contoh :
Ibu memasak di dapur.
Abang bermain bola dengan adik.
Rumusan Pengajaran
Murid dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang diberikan oleh guru dengan menyelitkan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang telah dikenal pasti daripada petikan tadi.
Penutup (6 min):
Guru bersoal jawab dengan murid tentang dapatan pengajaran pada
Nilai : Kasih saying
hari tersebut.
Menekankan kembali isi pelajaran
3.0 Masalah murid dalam pembelajaran tatabahasa Pembelajaran mengenai tatabahasa adalah satu pembelajaran yang sukar terutamanya buat muridmurid, timbul pelbagai permasalahan daripada aspek pengajaran sehinggalah penerimaan murid terhadap input yang diberikan. Antara factor utama penyebab permasalahan adalah kebosanan, sememangnya pada bahagian tatabahasa ini, bosan adalah disebabkan oleh terlalu banyak komponen yang perlu dihafal disamping teknik yang tidak begitu berkesan digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat ataupun intipati pengajaran tatabahasa tersebut. Disamping itu, kebosanan wujud akibat ketidakpelbagaian guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, dalam erti kata yang mudah, guru tidak menggunakan teknik yang menarik untuk mengajar tatabahasa ini. Menurut Mook(2009), pengajaran untuk komponen rumit memerlukan pembudayaan yang gembira bagi melancarkan penerimaan ilmu, tetapi hakikatnya permasalahan utama bosan ini sebenarnya bersinkronasi daripada guru yang tidak kompeten mengajar dan akhirnya mewujudkan masalah utama iaitu bosan. Selain daripada kebosanan, maslaah yang seterusnya adalah penggunaan teknik yang salah oleh guru yang mengajarkan tatabahasa, teknik ataupun kaedah adalah stau elemen pemudahcara kepada murid-murid, sekiranya penggunaan teknik salah, maka secara keseluruhannya pengajaran itu akan menjadi gagal.
Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat
untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid. Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian dan nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus. Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa. Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, gunakan sajak Harga Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata di samping kata kerja. Oleh itu, selain aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau
bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat untuk belajar tatabahasa. Bagi pelajar-pelajar tahun 6, guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan pelajar kerana guru telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut.
Rujukan Abdullah Hassan (2002). Tatabahasa bahasa Melayu. Morfologi Dan Sintaksis Untuk Guru Dan Pelajar. Pahang : PTS Publications& Distributors Sdn. Bhd.
Asraf (1992). Revisi Lengkap PMR Tatabahasa. Tingkatan 1, 2 dan 3. Selangor Sasbadi Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (1986). Tatabahasa Dewan, Jilid 1: Ayat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Hj. Musa (1989). Tatabahasa Dewan, Jilid 2:Perkataan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nor Hisham Osman (2002). Penjodoh Bilangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.