MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT JPA BIL. 4 TAHUN 2008 _____________________________________________________________________ Tarikh
:
22 Disember 2008 (Isnin)
Masa
:
9.30 pagi
Tempat
:
Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Blok C1 , Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. ______________________________________________________________________
HADIR :
1.
Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
-
Pengerusi
-
Ahli
-
Ahli
-
Ahli
-
Ahli
Y.Bhg. Dato‟ Dr. Ismail bin Alias
2.
Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Encik Kamarudin bin Tahir
3.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan (Diwakili Oleh: Encik Sohime bin Ahmad) TPBK(K)C
4.
Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi (Diwakili Oleh: Encik Abdul Rahman bin Mohamad) TPB(O)M
5.
Pengarah INTAN (Diwakili Oleh: Dr. Azizah binti Abd Manan) TPI(ICT)INTAN
1
6.
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan
-
Ahli
-
Ahli
-
Ahli
-
Ahli
-
Ahli
-
Ahli
-
Ahli
-
Setiausaha
(Diwakili Oleh: Puan Norihan Bt Mohamed Naim) KPP(I)P
7.
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Encik Amir bin Hj. Abd. Hamid
8.
Pengarah Bahagian Saraan (Diwakili Oleh: Encik Lim Eng Hock) TPB(S)K
9.
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Diwakili Oleh: Encik Kamarulzaman bin Mat Zain) KPP(P)ICT3
10. Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat (Diwakili Oleh: Encik Mohamed Musaddik bin Abdul Majid) TPBK(PP)D
11. Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi (Diwakili Oleh: Puan Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin) TPBPs
12. Ketua Unit Audit Dalam Puan Holesoh binti Saibon
13. Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Tuan Haji Sabri bin Omar
2
TURUT HADIR: 1.
Dr. Mazlan bin Harun
-
2.
Encik Shukri bin Hamat
-
Ketua Pengurusan Teknologi INTAN TP(M)T
3.
Encik Khairulazli bin Othman
-
TPB(U)S
4.
Tuan Haji Mohd Sahar bin Md Noor
-
KPP(M)SK
5.
Tuan Haji Abdul Hamid bin Ahmad
-
KPP(M)TU
6.
Tuan Haji Sarpin bin Nawawi
-
KPP(M)SP
7.
Encik Ab. Razak bin Safii
-
KPP(M)PP
8.
Encik Mohd Hazli bin Ahmad@Adnan
-
KPP(M)PL
9.
Dr. Muhamad Sade bin Mohamed Amin
-
KPP(M)PB
10. Puan Khalidah binti Othman
-
KPP(M)SQ
11. Encik Hasim bin Zainal Abidin
-
KPP(M)TP
12. Puan Marina binti Said
-
KPP(M)TS
13. Cik Rosnani binti Saion
-
KPP(M)TR
14. Encik Mohd Fauzi bin Hussin
-
KPP(M)TU1
15. Puan Zanawiah binti Hassan
-
KPP(S)T
16. Puan Pinta Zulfitri binti Mirza Asfian
-
KPP(K)P
17. Encik Zulkarnain bin Rohimi
-
PP(P)ICT4
18. Encik Mohd Kamal Azizi bin Shaadan
-
PP(Ps)A
URUS SETIA :
1.
Encik Hussin bin Abu Bakar
-
KPP(M)SS
2.
Puan Sarimah binti Abu
-
PP(M)SS1
3.
Puan Rohani binti Abdul Majid
-
PP(M)SS7
4.
Puan Zulfa bt Mohamed Hamim @ Abdul Hamid
-
PP(M)SS8
5.
Encik Nik Yusmadi bin Nik Yusoff
-
PPTM(M)SS6
6.
Encik Mohd Razali bin Azri
-
PPTM(M)SS7
3
1.
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan syukur kepada Ilahi serta terima kasih atas kehadiran semua pegawai di Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPA Bil. 4/2008 yang merupakan mesyuarat yang keempat dan terakhir bagi tahun 2008 seperti yang telah dirancang.
1.2
Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat berhubung dengan Laporan Biro Pengaduan Awam bagi tahun 2008 (1 Januari 2008 – 31 Oktober 2008) yang menyatakan sebanyak 1,999 aduan bagi kes sebenar telah diterima pada tahun ini dan jumlah tersebut meningkat sebanyak 211 kes berbanding 1,788 kes sepanjang tahun 2007. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa JPA berada di kedudukan ke-18 agensi
kerajaan yang menerima aduan tertinggi iaitu sebanyak 28
aduan. Y.Bhg Dato‟ Pengerusi berpendapat aduan yang diterima boleh dikurangkan
sekiranya
JPA
sentiasa
mempertingkatkan
sistem
penyampaian perkhidmatan awam seperti HRMIS, eSILA, POWER, dan EPSA dengan lebih berkesan.
1.3
Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi memperingatkan ahli mesyuarat terutama BPM, INTAN dan BP yang dipertanggungjawab untuk menguruskan perolehan ICT JPA, perlu memastikan pembayaran untuk perolehan tahun ini dapat disempurnakan
sebelum
akhir
tahun.
Y.Bhg.
Dato‟
Pengerusi
memaklumkan prestasi belanja pembangunan 2008 yang dikawal oleh BPM telah mencapai 74.31% dari jumlah peruntukan sebanyak RM25,364,000.00 dan berharap pembayaran terhadap perolehan yang dibuat diselesaikan pada tahun ini juga untuk mengelakkan dikenakan AP58(a) di mana pembayaran akan menggunakan peruntukan 2009. Perkara ini perlu dielakkan supaya tidak menjejaskan perancangan perolehan bagi 2009. Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi meminta 4
agar BPM, INTAN dan BP dapat membuat perancangan perolehan peralatan ICT tahun 2009 dengan lebih teliti agar perolehan dapat dibuat lebih awal dan mengelakkan masalah pembayaran pada akhir tahun.
Tindakan: BPM, INTAN & BP
1.4
Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi turut memaklumkan pada 6 November 2008, Majlis Forum Pengguna HRMIS Bil. 3/2008 telah diadakan dan telah memberi
banyak
maklumat
untuk
JPA
memperkemaskan
pelaksanaan HRMIS bagi tahun 2009. Isu-isu
pelan
seperti peralatan dan
rangkaian perlu dilihat dan dipertingkatkan. Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi meminta agar JPA dapat mewujudkan pakar dalaman secepat mungkin supaya penggantungan kepada pihak MMSCB dapat dikurangkan. Sudah sampai masanya JPA mengambil alih sepenuhnya HRMIS daripada pihak luar dengan menyediakan kepakaran dan ilmu yang cukup kepada pegawai-pegawai ICT daripada semua bahagian melalui programprogram latihan yang berkesan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dengan ilmu dan teknologi terkini dalam dunia ICT. Tindakan: BPM
1.5
Selain itu, Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi memaklumkan kerajaan telah mula melaksanakan projek eKL pada awal tahun 2008 di mana pelbagai kemudahan telah disediakan seperti pembayaran bil, pertanyaan, perkhidmatan SMS dan sebagainya. Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi berharap agar semua kemudahan yang telah disediakan dalam eKL seperti bayaran cukai taksiran, bayaran bil pembetungan, bayaran zakat, aduan dan sebagainya dapat dimaklumkan kepada semua warga JPA untuk menggunakannya.
Tindakan: Semua Bahagian
5
1.6
Y.Bhg. Dato‟ Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun hadapan, mesyuarat pengurusan JPA akan menggunakan perisian MyMeeting untuk urusan-urusan mesyuarat. Untuk tujuan itu, pihak BPM dengan kerjasama daripada MAMPU akan memberikan latihan kepada urus setia mesyuarat pengurusan JPA sebelum dipanjangkan ke mesyuaratmesyuarat lain di JPA. Tindakan: BPM
2.
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPA Bil. 3/2008 bertarikh 11 September 2008 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
3.
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1
Sistem Pengurusan Aset (SPA) 3.1.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) surat
permohonan
rasmi
untuk
mendapatkan
Sistem
Pengurusan Aset (SPA) telah dihantar kepada Kementerian Kewangan pada 21 Oktober 2008; dan
b) Sektor Perolehan BKP sedang dalam proses membeli sistem ini dengan anggaran kos sebanyak RM38,000.00 termasuk lesen pengguna dan perisian daripada syarikat Kanntronics Sdn.Bhd. dan dijangka dapat digunakan pada awal tahun 2009. Makluman
6
3.1.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya BPM dengan kerjasama BKP sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada Kementerian Kewangan berkenaan kelulusan pembelian Sistem Pengurusan Aset (SPA) tersebut.
Tindakan: BPM & BKP
3.2
Pelaksanaan Human Resource Management Information System (HRMIS) 3.2.1 Maklumat Anggota Pentadbiran
3.2.1.1
Mesyuarat
mengambil
maklum
bahawa
satu
mesyuarat antara BPM JPA, Bahagian Kabinet JPM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia telah diadakan pada 5 Disember 2008.
Mesyuarat
memutuskan bahawa satu keputusan dasar perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum maklumat Anggota Pentadbiran boleh diselenggarakan dalam HRMIS. Pihak BPM JPA akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Bahagian Kabinet JPM berkenaan perkara ini. Makluman
3.2.1.2
Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju
agar
perbincangan lanjut dengan Bahagian Kabinet JPM diadakan dengan segera. Tindakan: BPM
7
3.2.2 Penyelarasan Migrasi SISPEN-HRMIS
3.2.2.1
Mesyuarat mengambil maklum bahawa JPA telah memberhentikan
peralihan
data
SISPEN
dan
pengemaskinian maklumat hendaklah terus dibuat melalui HRMIS.
Makluman
3.2.3 Penambahbaikan Direktori Kerajaan
3.2.3.1
Mesyuarat
mengambil
pembentangan penambahbaikan Mesyuarat
maklum
cadangan Goverment
Pengurusan
JPA
bahawa pelaksanaan
Directory
(GD)
akan dibuat
di
pada
pertengahan bulan Januari 2009.
Makluman
3.2.4 Perubahan Skop dan Strategi Pelaksanaan HRMIS Sektor Awam 2008-2010
3.2.4.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa status terkini Perubahan Skop dan Strategi Pelaksanaan HRMIS Sektor Awam 2008-2010 adalah seperti berikut:
8
a) Pelaksanaan Modul (T1); Status Terkini Pelaksanaan Modul Teras 1 (T1)
Unit Organisasi Aktiviti Organisasi Jawatan Sebenar Sandangan
Pencapaian/Outcome -
-
Struktur perjawatan dan sandangan telah selesai sepenuhnya bagi 724 agensi. Status perjawatan dan pengisian sehingga 5 Disember 2008 iaitu sebanyak 1,175 laporan telah dikeluarkan untuk kegunaan Parlimen, Jabatan Perangkaan, Badan Pencegah Rasuah dan syarikat-syarikat swasta.
b) Pelaksanaan Modul (T2); Status Terkini Pelaksanaan Modul Teras 2 (T2)
Pengurusan Rekod Peribadi Profil Perkhidmatan Perisytiharan Harta Data Perjawatan
Pencapaian/Outcome Pengurusan Rekod Peribadi 94% data peribadi (13 elemen) daripada Jabatan Pendaftaran Negara telah dikemas kini. Profil Perkhidmatan 71% maklumat gaji bagi tujuan penggunaan eGL telah dikemas kini. Perisytiharan Harta 20% agensi (143) telah menggunakan modul melibatkan 5,577 pemilik kompetensi. Data Perjawatan Sebanyak 392 daripada 1,390 waran 2007-2008 melibatkan 47,760 perjawatan telah selesai dikemas kini oleh agensi melalui aplikasi.
9
c) Pelaksanaan Modul (K3); Status Terkini Pelaksanaan Modul Kritikal 3 (K3)
Modul Pembangunan Organisasi Modul Perolehan Sumber Manusia Modul Penamatan Perkhidmatan
10
Pencapaian/Outcome Modul Pembangunan Organisasi Semua kementerian dan SUK telah menggunakan modul ini. Modul Perolehan Sumber Manusia Latihan pengguna telah diberi kepada semua kementerian. Modul Penamatan Perkhidmatan 9 kementerian (Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perumahan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar Negeri) dan JPA telah menggunakan modul ini.
d) Penambahbaikan Aplikasi; Pencapaian/
Status Terkini
PENAMBAHBAIKAN Perubahan Dasar dan Proses (Pekeliling sehingga 19 Nov. 2008) Fungsi tambahan atas permintaan agensi dan pemilik proses
Outcome
KUANTITI IMPAK
49 24
13 Dalam Kajian
27
27
920
920
Penambahbaikan dilakukan secara berterusan bagi memastikan sistem sentiasa relevan dengan keperluan semasa.
Log Meja Bantuan (sehingga 31 Okt 2008)
e) Taklimat/Latihan/Lawatan/Pemantauan/Khidmat Nasihat; dan Status Terkini
11
120 sesi taklimat pengenalan/ pelaksanaan HRMIS 25 sesi latihan penyediaan data asas 133 sesi latihan pengguna modul/submodul melibatkan 3,491 peserta 8 sesi lawatan diketuai oleh Y.Bhg. Dato‟ TKPPA(O) 34 sesi naziran pelaksanaan di Agensi Perintis, Kementerian dan PSUK 44 sesi khidmat nasihat pelaksanaan
Pencapaian/ Outcome 109,764 pengguna telah menggunakan 14 modul / submodul HRMIS
f) status Kewangan sehingga 11 Disember 2008. Kos Asal Projek
Kos Projek Selepas Pindaan
(RM) 75,000,0 00
-
Thn
2008
Peruntukan
Perbelanjaan
(RM)
(RM)
19,329,000*
12,858,198.25 ( 66.52 % )
Makluman
3.2.5 Hasil Survey Tahap Perubahan Minda Dalam Pelaksanaan Aplikasi HRMIS
3.2.5.1
Mesyuarat mengambil maklum bahawa: a)
pemurnian kriteria soal selidik HRMIS telah siap pada 5 Disember 2008; dan
b)
perancangan
soal
selidik
HRMIS
adalah
seperti berikut:
pemurnian kriteria soal selidik HRMIS – 5 Disember 2008;
mengedar
soal
selidik
kepada
Kementerian dan SUK – 15 Disember 2008; dan
penerimaan semula soal selidik – 15 Januari 2009.
Makluman
12
3.2.5.2
Mesyuarat bersetuju meminta BPM menerangkan dapatan daripada soal selidik ini di mesyuarat akan datang. Tindakan: BPM
3.3
Pelaksanaan Pengkomputeran di Bahagian-bahagian JPA
3.3.1 Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
3.3.1.1
Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 1 : Status Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2008 (BPM) yang meliputi perkara-perkara berikut:
a)
perolehan ICT BPM 2008 melibatkan perkaraperkara berikut:
HRMIS -
Business
Continuity
Facility
–
Kelancaran Pengoperasian Sistem; -
Penambahbaikan HRMIS
Sistem
berdasarkan
Aplikasi
perubahan
polisi dan dasar Pengurusan Sumber Manusia; dan -
Aktiviti peluasan aplikasi HRMIS selaras
dengan
Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 12/2005.
BTM
13
-
Perolehan Infrastruktur ICT;
-
Perolehan Server;
-
Alatan Sokongan ICT dan Bukan ICT termasuk Aksesori;
-
Perisian dan Khidmat Runding;
-
Keselamatan Infrastruktur ICT termasuk Rangkaian;
-
Pembangunan Multimedia;
-
Makmal Pembaikan Peralatan ICT/Bilik Latihan;
-
Naik taraf Pusat Data JPA;
-
OSS – Latihan, Pembangunan Sistem Aplikasi serta penggunaan Office Automation versi OSS (Linux Platform); dan
-
Peralatan Rangkaian dan Keselamatan Cyberjaya.
b)
sehingga
22
Disember
2008,
status
perbelanjaan bajet pembangunan BPM ialah:
Peruntukan (RM)
Perbelanjaan (termasuk tanggungan)
BTM
6,035,000.00
5,215,616.07 (86.42 %)
HRMIS
19,329,000.00
13,632,700.00 (70.53%)
JUMLAH
25,364,000.00
18,848,316.07 (74.31%)
Makluman
14
3.3.1.2
Mesyuarat bersetuju supaya BPM memaklumkan kemajuan perolehan ICT ini di mesyuarat
akan
datang.
Tindakan: BPM
3.3.2 Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP)
3.3.2.1
Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 2 : Status Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2008 (BP) yang meliputi perkara-perkara berikut:
a)
perolehan ICT BP 2008 melibatkan perkaraperkara berikut:
Perolehan Infrastruktur ICT (RM1,800,000);
Perolehan Server (RM1,000,000); dan
Kemudahan
Pemulihan
Bencana
(RM1,000,000).
b)
sehingga
19
Disember
2008,
status
perbelanjaan bajet pembangunan BP ialah:
c)
Peruntukan :
RM4,750,000.00
Perbelanjaan:
RM3,778,383.70
Prestasi:
79.5%
penjimatan
sebanyak
RM971,616.00
tidak
dapat dibelanjakan disebabkan harga tawaran
15
tender yang lebih rendah daripada anggaran asal dan dicadangkan dibawa ke tahun 2010.
Makluman
3.3.2.2
Mesyuarat bersetuju supaya BP memaklumkan kemajuan perolehan ICT ini di mesyuarat
akan
datang.
Tindakan: BP
3.3.3 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
3.3.3.1
Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 7 : Status Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2008 (INTAN) yang meliputi perkara-perkara berikut:
a)
perolehan
ICT
INTAN
2008
melibatkan
perkara-perkara berikut:
pembangunan
Sistem
ISAC
Secara
Teragih;
e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA);
perolehan 120 Komputer untuk Makmalmakmal di INTAN Bukit Kiara;
perolehan Perkakasan
dan Perisian
Makmal Bahasa;
perolehan Workstation untuk Bilik Kuliah di INTAN Bukit Kiara dan INTENGAH;
penyelenggaraan Videowall;
penyelenggaraan Audio Video ; 16
penyelenggaraan Sidang Video ;
naik taraf Lesen Kamus Dewan Eja Pro;
pembaharuan Lesen Veritas (System Backup EPSA);
b)
penyelenggaraan Sistem e-mel;
penyelenggaraan Server Aplikasi ;
pembaharuan Lesen Anti-Virus;
penyelenggaraan Anti-Virus;
perolehan Perisian SPSS;
DRC;
Peningkatan Bandwidth INTAN*NET;
Perolehan Alat Ganti Peralatan ICT;
Perolehan Alat Ganti Rangkaian; dan
Pembelian Alat Ganti Bulb Projektor.
status perolehan peralatan dan perisian ICT 2008 adalah seperti berikut:
Bil.
Perkara
Perolehan ICT 2008
1.
Perolehan Bajet Pembangunan
RM449,964
2.
Perolehan Wang Amanah Perolehan Bajet Mengurus
RM1,265,640
3.
Jumlah:
RM4,399,501 RM6,115,105
Makluman
17
3.3.3.2
Mesyuarat bersetuju supaya INTAN memaklumkan kemajuan perolehan ICT ini di mesyuarat
akan
datang.
Tindakan: INTAN
3.4
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) JPA
3.4.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) PSTM JPA 2009-2013 yang dibangunkan akan mengambil kira Pelan Strategik JPA 2008-2010 dan slogan “JPA Peneraju Perkhidmatan Awam”. Justeru itu PSTM JPA ini akan menjadi dokumen blueprint strategik bagi perancangan dan pelaksanaan projek-projek ICT JPA yang diterajui oleh INTAN, Bahagian Pengurusan
Maklumat
(BPM)
dan
Bahagian
Pasca
Perkhidmatan (BP). PSTM ini akan diselaraskan dengan PSTM Sektor Awam, MAMPU bagi memastikan semua inisiatif ICT yang dirancang adalah sejajar dengan hala tuju ICT sektor awam; b) pembangunan PSTM JPA telah bermula pada bulan Ogos 2008 dan
dijangka
siap pada
akhir Disember 2008. Status
pembangunan PSTM JPA masih di fasa I dan II iaitu Business Analysis dan ICT Analysis sebelum beralih ke fasa III dan IV iaitu Gap Analysis and ICT Opportunity dan Building ICT Strategy and Implementation Plan; dan
c) aktiviti yang telah dilaksanakan dalam fasa I dan fasa II adalah seperti berikut:
18
taklimat ISP di INTAN Kiara pada 13 Ogos 2008 untuk memberi kefahaman mengenai metodologi pembangunan PSTM kepada ahli pasukan; dan
Bengkel Business and ICT Analysis telah diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 23-24 Oktober 2008 bagi mengenal pasti objektif dan strategi korporat JPA dan juga menilai, menganalisis serta mendokumenkan persekitaran perkhidmatan dan ICT JPA. Bengkel ini dihadiri oleh wakilwakil bahagian. Makluman
3.4.2 Mesyuarat bersetuju meminta BPM menyegerakan penyediaan PSTM JPA ini.
Tindakan: BPM
3.5
Permohonan Perolehan ICT Bagi Perpindahan Ke Cyberjaya
3.5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) kelulusan daripada Kementerian Kewangan bagi menggunakan lebihan peruntukan bajet pembangunan telah diperoleh;
b) lebihan Peruntukan Bajet Pembangunan bagi tahun 2006 dan 2007 sebanyak RM3,425,500.00 telah dipindahkan bagi tujuan perolehan perkakasan server, perisian dan lain-lain infrastruktur ICT bagi Data Center JPA yang baru di Cyberjaya pada 29 September 2008;
19
c) tender bagi perolehan ICT ke Cyberjaya telah ditawarkan kepada syarikat Service Soft Sdn. Bhd. dengan kos sebanyak RM2,300,000.00; dan
d) pembekalan akan dimulakan pada awal Disember 2008, manakala pemasangan akan dibuat apabila lokasi di Cyberjaya siap pada bulan Februari 2009. Makluman
3.5.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya BPM membuat penyeliaan yang rapi semasa proses pembekalan dijalankan di Cyberjaya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Tindakan: BPM
3.6
Status Portal JPA
3.6.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Portal JPA dalam proses penambahbaikan versi Bahasa Inggeris.
Satu Mesyuarat Kerja
Penambahbaikan Portal JPA telah diadakan di Corus Paradise, Port Dickson yang dihadiri oleh Jawatankuasa Kandungan Portal JPA pada 18 - 19 Disember 2008. Makluman
3.6.2 Mesyuarat
telah
berbincang
dan
bersetuju
supaya
penambahbaikan portal yang dilakukan tidak hanya mementingkan kecantikan portal sahaja tetapi isi kandungan yang terdapat di dalam portal turut dititikberatkan untuk memberi manfaat kepada semua pelanggan JPA. Selain itu, ciri-ciri kandungan portal juga
20
mestilah mengambil kira keperluan orang kurang upaya untuk mengaksesnya. Kriteria ini penting dalam penilaian portal-portal setiap agensi oleh MAMPU dan MDEC.
Tindakan: BPM & BPP
3.7
Pelaksanaan Perisian Sumber Terbuka Open Office
3.7.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a) soal selidik penggunaan perisian Open Office secara atas talian kepada warga BPM telah dilaksanakan pada 30 Oktober sehingga 17 November 2008. Seramai 66 orang responden daripada 100 orang telah mengisi soal selidik mengikut pecahan seperti di bawah:
Kumpulan Jawatan : JUSA -1(1.52%), P&P - 31(46.97%), Sokongan I – 32 (48.48%), Sokongan II – 2 ( 3.03%); dan
Skim Perkhidmatan : Sistem Maklumat (F) – 60 (90.91%), Tadbir dan Diplomatik (M) – 4 (6.06%), Pentadbiran dan Pembangunan (N) – 2 (3.03% ) dan Lain-lain 0 (0.0%).
b) soal selidik ini bertujuan:
mengenal pasti pengguna OpenOffice.org dan bilangannya;
mengkaji keberkesanan penggunaan OpenOffice.org dari segi kekuatan dan kelemahannya; dan
mengkaji adakah OpenOffice.org setanding dengan produk Microsoft Office.
21
c) objektif penggunaan OpenOffice.org adalah seperti berikut:
mengurangkan kos pembelian lesen;
mengurangkan penggantungan kepada produk Microsoft Office;
memperluaskan
penggunaan
OpenOffice.org
selaras
dengan galakan kerajaan dalam penggunaan perisian sumber terbuka; dan
menambahkan pengetahuan ICT warga BPM.
d) kesimpulan yang didapati daripada soal selidik adalah:
seramai 28 (42.42%) daripada responden berpengalaman dan berkemahiran untuk menggunakan OpenOffice.org sepenuhnya;
59 (89.39%) responden telah menyatakan tiada masalah jika pelaksanaan OpenOffice.org ini dijalankan;
32 (48.48%) responden yakin dengan kebolehpercayaan dan ciri-ciri keselamatan pada OpenOffice.org;
47
(71.21%)
responden
menyatakan
Perisian
OpenOffice.org mudah dipelajari kerana mempunyai logik dan struktur yang hampir sama dengan perisian komersial yang lain;
walau bagaimanapun, 30 (45.45%)responden bersetuju Perisian OpenOffice.org masih tidak dapat menandingi kemudahan yang ada pada perisian Microsoft; dan
22
seramai 40 (60.61%) bersetuju kejayaan pelaksanaan ini memerlukan sokongan/galakan daripada pengurusan BPM manakala 44 (66.67%) responden bersetuju menggunakan OpenOffice.org
sepenuhnya
jika
arahan
bertulis
mengenainya dikeluarkan oleh pengurusan BPM.
Makluman 3.7.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya:
a)
BPM membuat kajian dengan lebih terperinci dahulu dan membuat perbandingan pemakaian OpenOffice.org tersebut dengan agensi lain untuk memastikan kebolehpercayaan produk ini digunakan di JPA; dan
b)
memanjangkan
pemakaian
OpenOffice.org
kepada
bahagian lain.
Tindakan: BPM
3.8
Cadangan Pembangunan Semula Sistem IT Skill Assessment And Certification (ISAC)
3.8.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa: a)
pihak
INTAN
sedang
dalam
proses
peringkat
akhir
penyediaan dokumen sebut harga dan urusan panggilan syarikat untuk sebut harga dijangka dapat diadakan dalam bulan Disember 2008; dan
23
b)
pihak INTAN akan menawarkan penilaian ISAC di peringkat lanjutan
(Advanced
Level)
setelah
ISAC
Teragih
dilaksanakan pada tahun 2009.
3.8.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya:
a)
INTAN menyegerakan pembangunan semula ISAC yang dijangka siap pada Jun 2009; dan
b)
mengambil Pekerja Khidmat Singkat (PKS) jika perlu dalam proses pembangunan sistem tersebut memandangkan masalah kekurangan kakitangan. Tindakan: INTAN
3.9
Peranan JPA dalam pelaksanaan eKL 3.9.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
a)
penyelarasan antara semua bahagian di JPA telah diadakan pada 1 Disember 2008; dan
b)
satu
taklimat
Cadangan
Pelaksanaan
Gerbang
SMS
Kerajaan (mySMS) daripada pihak MAMPU dan Syarikat DAPAT Vista Sdn. Bhd. telah diberikan kepada semua bahagian JPA pada 16 Disember 2008.
Makluman
24
3.9.2 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 5: Peranan JPA dalam eKL dan Promosi eKL di JPA meliputi perkaraperkara berikut:
a) tujuan taklimat ini adalah untuk mendapatkan kelulusan JPICT JPA
bagi
melaksanakan
perkhidmatan
MySMS
yang
merupakan salah satu projek eKL di JPA;
b) Jawatankuasa Pemandu eKL Bil. 3/2007 yang bersidang pada 17 Ogos 2007 telah bersetuju dengan kertas „Cadangan Meningkatkan Perkhidmatan Penyampaian Agensi Kerajaan Di Kawasan Lembah Klang Menerusi Saluran SMS‟ dengan mewujudkan
Satu
Gerbang
SMS
yang
memberikan
perkhidmatan yang berkesan, mudah dan tidak membebankan orang ramai untuk seluruh agensi kerajaan;
c) antara konsep MySMS yang diperkenalkan adalah seperti:
memudahkan agensi – menyediakan gerbang SMS untuk kegunaan semua agensi seluruh negara;
memudahkan orang ramai – satu nombor untuk kesemua agensi;
penyeragaman format SMS yang perlu dihantar – format yang sama untuk semua agensi;
memudahkan kempen promosi – satu kempen untuk semua;
kerahsiaan maklumat penghantar – data sentiasa di bawah kawalan Kerajaan; dan
memudahkan pemantauan dilakukan secara on-line.
25
d) ciri-ciri perkhidmatan MySMS adalah seperti di bawah iaitu:
menggunakan satu nombor capaian iaitu 15888; melantik Service Provider (SP) untuk membangun dan menguruskan Gerbang SMS (Dapat Vista Sdn. Bhd);
pasukan SMS Kerajaan untuk memantau pelaksanaan SMS;
Kerajaan tidak menerima bahagian dari caj yang dikenakan; dan
Maklumat TERPERINGKAT perlu dikendalikan
secara
khusus (Aspek Keselamatan & Perundangan).
e) terdapat empat (4) aplikasi di dalam perkhidmatan MySMS iaitu:
SMS Maklumat atas permintaan (IOD);
SMS Dokumen atas permintaan (DOD);
SMS Hebahan (B); dan
SMS Aduan (A).
f) dalam melaksanakan MySMS, JPA berperanan untuk:
menyediakan kandungan perkhidmatan SMS;
menyediakan dan membangunkan integrasi ke SP MySMS;
menyediakan
khidmat
sokongan
untuk
menjawab
pertanyaan perkhidmatan SMS;
melaksanakan pemantauan pelaksanaan SMS; dan
melaksanakan aktiviti promosi perkhidmatan SMS.
26
g) antara tindakan yang perlu dilakukan oleh agensi adalah:
agensi perlu mengenal pasti perkhidmatan SMS; mengesahkan Laporan Perancangan Pelaksanaan SMS (Keperluan teknikal & Project Timeline);
menyediakan dan membangunkan integrasi ke Gerbang;
perlu menubuhkan tadbir urus perkhidmatan SMS agensi (Jawatankuasa Pemandu ICT Agensi);
menyediakan
khidmat
sokongan
untuk
menjawab
pertanyaan perkhidmatan SMS agensi;
melaksanakan pemantauan pelaksanaan SMS agensi;
melaksanakan aktiviti promosi perkhidmatan SMS agensi; dan
menyediakan
peruntukan
untuk
setup,
integrasi,
penyelenggaraan, promosi dan kos hebahan (2009 dan seterusnya).
h) agensi perlu menyediakan kos pelaksanaan tertentu seperti berikut:
Kos Integrasi - mewujudkan integrasi di antara agensi ke Gerbang
SMS
Kerajaan
bagi
membolehkan
memulakan perkhidmatan SMS;
BIL PERKARA
AMAUN
1.
RM 500 Hingga RM10,000
Kos aplikasi - Penyediaan SRS - Latihan - Integrasi - Portal
27
agensi
Kos Setup dan Penyelenggaraan - membangunkan aplikasi / kandungan perkhidmatan SMS yang akan ditawarkan oleh agensi kepada orang ramai; BIL
PERKARA
AMAUN
1.
Kos aplikasi
RM10,000
2.
Customisation Application
RM55,000
3.
Kos Perkakasan & Perisian
RM35,000
Jumlah Kos Set Up: 4.
Penyelenggaraan
RM100,000 RM15,000
Kos Hebahan - untuk hebahan kepada penerima seperti penghantaran notifikasi tamat cukai jalan; Bil. 1.
PERKARA
AMAUN
Kos setiap SMS yang dihantar keluar
10 sen
Kos Promosi - mengadakan promosi secara berterusan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi; Bil. 1. Pelancaran
PERKARA
AMAUN RM30,000
- Majlis pelancaran 2.
Promosi berterusan melalui saluran: -
RM30,000
Media cetak Media elektronik Internet Banner & Bunting dan lain-lain JUMLAH:
28
RM60,000
i) anggaran kos yang terlibat dalam pelaksanaan ini adalah seperti berikut: Mobile Jenis Aplikasi
Originator (MO)/Mobile Terminator (MT)
IOD,
Kos
TELCO (Digi, Celcom,
SP
Maxis)
Pengguna
Kerajaan
MO
RM0.15
-
RM0.15
-
MT
RM0.10
RM0.10
RM0.20
-
Jumlah:
RM0.35
-
DOD, Aduan
Hebahan
Hebahan Khas
MO
-
-
-
-
MT
RM0.05
RM0.05
-
RM0.10
Jumlah:
-
RM0.10
MO
-
-
MT
-
-
TELCO memberikan perkhidmatan secara PERCUMA
Jumlah:
melalui perakuan wakil kerajaan
j) cadangan daripada setiap bahagian yang akan melaksanakan MySMS adalah seperti di Lampiran A.
Makluman
3.9.3 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju supaya cadangan maklumat oleh setiap bahagian yang akan disalurkan di dalam perkhidmatan MySMS ini perlu dikemukakan kepada pihak pengurusan
tertinggi
untuk
mendapat
kelulusan
kerana
ia
melibatkan kos yang perlu dibayar sama ada oleh pengguna atau pun JPA sendiri. 29
Tindakan: BPM
3.10
Keselamatan Sistem HRMIS
3.10.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Surat Arahan Siasatan bertarikh 10 September 2008 telah dikeluarkan oleh BPM untuk menyiasat punca pencerobohan. Siasatan telah dijalankan oleh JPACERT dan didapati punca pencerobohan adalah disebabkan oleh kecuaian salah seorang kakitangan pembekal semasa mengemas kini web HRMIS. Walau bagaimanapun, syarikat pembekal telah mengambil tindakan ke atas kejadian tersebut. Pihak MAMPU turut mengambil maklum tentang isu ini dan laporan telah dihantar dan dikemas kini oleh GCERT MAMPU.
Makluman
3.11
Minit Mesyuarat JPICT
3.11.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Ringkasan Minit Mesyuarat JPICT Bil. 3/2008 telah diedarkan melalui e-mel pada 24 September 2008.
Makluman
30
4.
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
4.1
Kertas 3: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (BPM)
4.1.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 3: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (BPM) meliputi perkara-perkara berikut:
a)
memohon kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT JPA untuk melaksanakan
Projek
ICT
di
Bahagian
Pengurusan
Maklumat (BPM) di bawah RMKe-9 bagi tahun 2009;
b)
peruntukan RMKe-9 yang diluluskan ialah BTM – RM23 juta dan HRMIS – RM75 juta. Pecahan peruntukan mengikut tahun adalah seperti berikut:
Tahun
c)
Peruntukan (RM) BTM
HRMIS
2006
3,500,000
9,000,000
2007
5,930,000
14,599,700
2008
5,785,000
19,879,000
2009
4,940,000
17,800,710
2010
2,845,000
13,720,590
JUMLAH
23,000,000
75,000,000
peruntukan 2009 adalah seperti di bawah: 31
HRMIS – RM17,800,710.00 BTM
– RM4,940,000.00 -----------------------
BPM
RM22,740,710.00 -----------------------
d)
fokus utama peruntukan 2009 merangkumi:
penyenggaraan aplikasi HRMIS;
pelaksanaan aktiviti peluasan HRMIS;
peningkatan peralatan ICT;
pemantapan pelaksanaan integrasi HRMIS-Legasi dan peluasan EIS ke agensi;
membina kepakaran pegawai dalam pembangunan dan pengujian aplikasi sistem; dan
e)
pemantapan sistem rangkaian dan keselamatan ICT.
cadangan penyelarasan peruntukan bagi Perbelanjaan Pembangunan 2009: Jumlah Peruntukan 2009 - Asal ( R M)
Jumlah Anggaran Perbelanjaan ( R M)
Jumlah Anggaran Peruntukan Selepas Pindah ( R M)
Lebihan / Pindah Peruntukan ( R M)
BTM
4,940,000
8,393,376
8,440,000
3,500,000
HRMIS
17,800,710
8,695,000
14,300,710
(3,500,000) Nota: Pindah peruntukan ke BTM
JUMLAH
22,740,710
17,088,376
22,740,710
Makluman
32
4.1.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk meluluskan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 BPM dan meminta BPM melaksanakan perolehan tersebut dengan sebaiknya.
Tindakan: BPM
4.1.3 Mesyuarat meluluskan permohonan Ketua Unit Audit Dalam (KUAD) untuk perolehan Perisian Audit Common Language (ACL) Versi 9 Desktop Edition dan kos pembelian tersebut dimasukkan dalam Bajet Pembangunan BPM 2009. Makluman
4.2
Kertas 4: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (BP)
4.2.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 4: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (BP) meliputi perkara-perkara berikut: a)
cadangan Perolehan ICT 2009: Bil.
Nama Projek
1.
Pemantapan Aplikasi Sistem Power
686,511
2.
Perolehan Infrastruktur ICT
770,000
Jumlah
b)
Kos (RM)
pemantapan Aplikasi Sistem Power: 33
1,456,511
Bil.
Item
Kuantiti
Kos Seunit (RM)
Jumlah Kos (RM)
1.
DB2 for 2 U
2
150,000
300,000
2.
Crystal Report 2008
3
3,000
9,000
3.
SPSS Version 16
3
10,000
30,000
4.
Optimizing network and application
2
100,000
200,000
5.
WinSQL Pro.
6.
Advanced Query Tool Version 8
7.
Visustin Pro. Unlimited Version 3
8.
Unlimited
35,000
35,000
700
42,000
30,000
30,000
1
511
511
1
40,000
40,000
60
VB Friend
Justifikasi
Keperluan perisian baru bagi memudahkan aktiviti penambahbaikan dan pemantapan Sistem POWER
for VB6 9.
Ms Visual Studio 2008 Jumlah
c)
686,511
perolehan Infrastruktur ICT 2009; dan Bil .
Item
Kuantiti
Kos Seunit (RM)
Jumlah Kos (RM)
1.
Notebook
15
7,000
105,000
2.
Laser Printer
106
2,500
265,000
3.
Peralatan Wireless
3 set
20,000
60,000
34
Justifikasi
Penggantian peralatan yang diperoleh pada tahun 2001 & 2002 Keperluan untuk bilik latihan ICT dan bilik
mesyuarat BP
4.
StoranSAN
1 tera
Jumlah
d)
340,000
340,000
menampung peningkatan bilangan pesara/ penerima pencen, penambahan transaksi, perisian sistem dan utiliti
770,000
keperluan Aliran Tunai Projek Pemantapan Sistem POWER, Bahagian Pasca Perkhidmatan Tahun 2009.
Tahun
Unjuran Aliran Tunai
2009
RM1,456,511.00
Makluman
4.2.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk meluluskan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 BP dan meminta BP melaksanakan perancangan perolehan tersebut dengan lebih awal dan teliti supaya perbelanjaan tahun 2009 lebih terancang dan terurus dengan baik.
Tindakan: BP
4.3
Kertas 8: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (INTAN)
4.3.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 8: Permohonan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 (INTAN) meliputi perkara-perkara berikut: 35
a)
status Permohonan ICT (Pembangunan);
Bil.
1.
Nama Projek
Kaedah Perolehan
Status Semasa
E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) a) Perolehan membangunkan bahan kursus
Tender
4,000,000
Laporan Penilaian Teknikal telah dihantar ke Pejabat Pendaftar, INTAN bagi tujuan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tender INTAN sebelum mendapat kelulusan Lembaga Tender JPM
b) Perolehan Perkakasan dan Perisian Komputer
Tender
253,256
Laporan Penilaian Teknikal telah dihantar ke Pejabat Pendaftar, INTAN bagi tujuan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tender INTAN sebelum mendapat kelulusan Lembaga Tender JPM
c) Perolehan Pembanguna n dan Penambahbai kan sistem EPSA
Tender
1,300,000
Jumlah Permohonan Bajet Pembangunan:
b)
Permohonan 2009 (RM)
Sedang menyediakan spesifikasi tender
RM5,553,256
status Permohonan ICT (Wang Amanah); dan
36
Bil. 1.
Nama Projek
Kaedah Perolehan
Permohonan 2009 (RM)
Status Semasa
Perolehan Workstation untuk Bilik Kuliah di INTAN Bukit Kiara dan INTENGAH
Tender
200,000
Projek ini telah diiklankan dan telah tutup pada 14 Oktober 2008. Proses perolehan dijangka selesai dalam tahun 2009
Jumlah Perolehan Wang Amanah:
c) Bil.
RM 200,000
status Permohonan ICT (Mengurus). Nama Projek
Kaedah Perolehan
Permohonan 2009 (RM)
Status Semasa Dokumen tender telah diserahkan kepada Unit Perolehan INTAN (27 Nov 2008)
1.
Sewaan PC dan Pencetak untuk Menggantikan 1000 PC dan 147 Pencetak yang akan tamat sewaan pada 30 April 2009 dan juga untuk keperluan tambahan jawatan di INTAN
Tender
2,500,000 (sewaan untuk 1 tahun- akan di tender untuk 3 tahun = RM 7.5 juta)
2.
Perolehan Server Untuk Pangkalan Data Sistem ILMU dan Perisian Perpustakaan INTAN Memperbaharui Lesen Anti-Virus untuk INTAN
Tender
398,000
Pembelian Terus
86,000
3.
37
Sedang menyediakan dokumen tender
4.
Peningkatan Tulang Belakang LAN INTAN
Tender
5.
Perluasan Tender Keselamatan secara Centralised ke kampus wilayah (anti-virus) Jumlah Permohonan Bajet Mengurus:
2,000,000
Penilaian Teknikal telah selesai dilaksanakan pada bulan Oktober 2008. Tetapi atas arahan Pengurusan INTAN, projek dibatalkan. Akan dijalankan dalam Tahun 2009 sekiranya ada peruntukan Sedang menyediakan dokumen tender
300,000
RM5,284,000
4.3.2 Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju untuk meluluskan Perolehan Peralatan dan Perisian ICT 2009 INTAN dan meminta INTAN merancang perolehan tahun 2009 tersebut dengan lebih teliti supaya semua peruntukan perbelanjaan dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2009.
Tindakan: INTAN
4.4
Kertas 6: Status Pemasangan Talian EG*Net di Peringkat Agensi
4.4.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan Kertas 6: Status Pemasangan Talian EG*Net di Peringkat Agensi meliputi perkara-perkara berikut:
a)
status pemasangan talian yang dibentangkan adalah seperti berikut; dan 38
Perkara
b)
Bil. Agensi/ Tapak
Siap Talian
Dalam Tindakan Agensi
MAMPU
*GSB
Kementerian
27
27
-
-
-
SUK
13
12
-
-
1
Agensi Kementerian
200
193
1
1
-
Agensi SUK
485
275
182
26
2
Jumlah SPD Kementerian
3114
2328
687
415
Jumlah SPD SUK
1006
630
278
24
antara
cabaran-cabaran
yang
dihadapi
semasa
pemasangan tersebut adalah seperti berikut:
kekurangan/ketiadaan
pemantauan
Kementerian
/SUK ke atas infrastruktur di agensi dan pejabat cawangan;
saiz talian EG*Net yang tidak menyokong keperluan HRMIS;
integrasi talian EG*Net dengan rangkaian dalaman di agensi; dan
implikasi penubuhan Unit HRMIS di agensi.
Makluman
39
4.4.2 Mesyuarat
telah
berbincang
dan
bersetuju
supaya
BPM
menyediakan satu pelan tindakan atau kertas kerja yang menerangkan isu-isu dalaman yang dihadapi oleh setiap agensi dan dibentangkan di mesyuarat bersama semua KSU Kementerian supaya masalah yang dihadapi berkenaan talian EG*Net dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan HRMIS dapat dilaksanakan di seluruh Agensi Kementerian dan SUK dengan jayanya.
Tindakan: BPM
5.
HAL-HAL LAIN
5.1
Kalendar Perancangan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Tahun 2009
5.1.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa perancangan mesyuarat JPICT tahun 2009 adalah seperti di bawah:
Mesyuarat JPICT Bil. 1/2009 – 19 Februari 2009 (Khamis)
Mesyuarat JPICT Bil. 2/2009 – 21 Mei 2009 (Khamis)
Mesyuarat JPICT Bil. 3/2009 – 27 Ogos 2009 (Khamis)
Mesyuarat JPICT Bil. 4/2009 – 19 November 2009 (Khamis)
Makluman
40
6.
PENUTUP
Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12.50 tengah hari dengan ucapan terima kasih daripada Y.Bhg Dato‟ Pengerusi kepada semua yang hadir. Mesyuarat JPICT Bil. 1/2009 seterusnya dijangka diadakan pada bulan Februari 2009.
Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam. 41