TEMA : PENDIDIKAN CIRI-CIRI PELAJAR YANG CERMELANG Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplin merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar cemerlang sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa.Selain itu, pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak menguruskan masa kerana masa itu emas. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan program berjalan dengan lancar. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguhsungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Konklusinya, pelajar sendirilah yang wajar mencorakkan nasib dan masa depan sendiri, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa kedua-dua ibu bapa yang tersayang dengan menjadi pelajar cemerlang.
KEPENTINGAN ILMU DALAM HARIAN Salah satu kepentingan ilmu adalah membolehkan kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.Peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan mudah untuk mendapat kerja. Selain itu, kepentingan ilmu boleh meningkatkan taraf hidup.Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga mereka.Mereka akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan. Pendapatan mereka membolehkan mereka mengubah kehidupan dan mampu memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka. Dalam zaman ini, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Oleh itu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang.
KESAN PENDIDIKAN Salah satu kesan pendidikan ialah dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Dengan wujudnya rakyat yang berilmu, maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini demikian kerana mereka yang berpendidikan akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan. Selain itu, rakyat yang berpendidikan juga dapat memajukan negara. Contohnya, negara Jepun serta Amerika Syarikat. Rakyat yang berilmu pengetahuan ini dapat mencipta benda-benda baru untuk membangunkan negara. Oleh itu, dengan adanya rakyat yang berilmu pengetahuan, maka Malaysia juga pasti menjadi negara maju pada suatu hari nanti.
TEMA : SEKOLAH KEBAIKAN MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULULUM Salah satu kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid-murid dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu . Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Terdapat pelbagai jawatan dalam sebuah persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka mereka akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
SEKOLAH IDAMAN SAYA Sekolah idaman saya merupakan sebuah sekolah yang mempunyai muridmurid yang berdisiplin. Hal ini demikian kerana disiplin yang baik menjadi asas kepada suasana sekolah yang tenteram dan harmoni. Jika keadaan sekolah tidak terkawal kerana masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar sudah pasti akan menganggu proses penerimaan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Selain itu, sekolah idaman saya haruslah bersih. Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, persekitaran yang bersih akan memberikan ketenangan kepada setiap warga di sekolah. Sekolah ibarat sebuah rumah. Kita memerlukan sebuah rumah yang cantik dan selesa untuk didiami. Begitu juga halnya dengan sekolah tempat setiap pelajar menimba ilmu pengetahuan.
SAMBUTAN HARI GURU Guru merupakan ibu yang kedua kepada setiap murid. Merekalah yang mengajar kita dan melatih kita menjadi seorang yang berjaya nanti. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari Guru dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap sekolah di negara kita. Tujuan untuk menyambut Hari Guru ialah sambutan Hari Guru memberi peluang kepada pelajar untuk membalas jasa guru. Contohnya, murid-murid boleh memberi hadiah seperti bunga, pen merah dan buku nota sebagai satu perhargaan kepada guru. Tambahan pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberi tanda terima kasih kepada guru daripada pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah menggunakan peluang sambutan Hari Guru untuk menunjukkan perhargaan mereka terhadap guru dengan mengadakan jamuan ringkas pada hari tersebut. Kesimpulannya, sambutan Hari Guru merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat digantikan di peringkat sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam terhadap guru dan murid.
TEMA : SENI DAN BUDAYA PAKAIAN TRADISIONAL Terdapat pelbagai pakaian tradisional yang utama di Malaysia. Bagi kaum Melayu, terdapat baju kebaya dan baju kurung.Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan dan kenduri-kendara.Selain itu, Samfoo dan Cheongsam adalah contoh bagi pakaian tradisional kaum Cina. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Bagi kaum India, pakaian tradisional mereka ialah Sari dan Dhoti. Dhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India. Secara keseluruhannya , pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kaum tersebut bagi melambangkan kebudayaan sesebuah kaum itu sendiri. MAKANAN TRADISIONAL Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia. Terdapat pelbagai makanan tradisional di Malaysia, bagi kaum Melayu, terdapat Nasi Lemak dan Satay.Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia.Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Sate dibuat daripada kepingan daging dan dibakar menggunakan api arang kayu.Selain itu, kaum India pula ialah Murukku dan Tosai. Murukku dan Tosai boleh didapati di mana-mana sahaja di Malysia.Seterusnya, Kaum Cina ialah Kuih Bulan dan Char kway teow. Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan ketika perayaan Pertengahan Musim Luruh. Char kway teow pula merupakan makanan yang diperbuat daripada kuey teow yang digoreng di atas api panas dengan kicap, sos, cili, telur dan kucai Cina. Konklusinya, semua kaum perlulah usaha dalam memajukan makanan tradisional supaya tidak dipengaruh dengan makanan barat.
PERMAINAN TRADISIONAL Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis permainan tradisional .Permainan sepak raga dan Batu Seremban ialah contoh permainan tradisional kaum Melayu. Pada masa itu permainan sepak raga dimainkan oleh golongan bangsawan manakala Batu Seremban dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Selain itu, Mahjong dan Xiangqi adalah contoh permainan tradisional kaum cina, mahjung merupakan permainan untuk empat orang sahaja manakala Xiangqi dimainkan oleh dua orang pemain.Seterusnya, 'Kho-kho' dan Charuranga merupakan permainan tradisional di kalangan kaum India. Sejak awal, permainan Charuranga memperkenalkan dua pihak yang bermain dan kemenangan bergantung pada buah terakhir.Kesimpulannya, kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan.Oleh itu, masyarakat perlulah mewarisi permainan tradisional mereka sendiri supaya tidak dipengaruh oleh permainan modern.
TARIAN TRADISIONAL Malaysia merupakan negara berbilang kaum.Terdapat pelbagai jenis tarian mengikut kaumnya.Tarian mak yong dan Tarian zapin merupakan tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari manakala Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Selain itu, bagi kaum cina, tarian naga dan tarian kipas ialah tarian tradisional kaum Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Seterusnya bagi kaum India pula,Tarian Kathak dan Bharata Natyam merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Masyarakat perlu usaha dalam memajukan tarian tradisional supaya tidak dipengaruh dengan tarian barat.
TEMA : ALAM SEKITAR JEREBU Masalah pencemaran jerebu semakin serius di Malaysia.Salah satu punca utama ialah pembakaran secara terbuka tanpa kawalan. Kebiasaannya pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap, mereka akan melakukan pembakaran terbuka. Contohnya, pembakaran terbuka dilakukan di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Selain itu, jerebu juga diakibatkan daripada kawasan perindustrian yang tidak mengawal pengeluaran asap. Contohnya, kawasan perindustrian yang mengunakan arang batu dan minyak. Udara di negara kita telah dicemarkan daripada asap-asap dari kilang ini akibat perbuatan pengusaha kilang yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Konklusinya, konsep bagai aur dengan tebing haruslah dipraktikkan di kalangan semua pihak demi mengatasi masalah jerebu ini.
PUNCA- PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka dan mereka sering memandang enteng tentang isu alam Selain itu, organisasi seperti pemilik kilang juga turut menjadi agen penyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat kilang-kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam pengeluaran mereka dan pada kebiasaannya kilang-kilang tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik tersebut ke dalam laut dan sungai yang berdekatan. Konklusinya, jika setiap pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi.