NILAI •
Merupakan standard dan prinsip harga(worth) sesuatu benda.
•
Kriteria bg kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, atau sebaliknya.
•
Suatu kualiti, motif atau piawai norma yg ada dlm pertalian antara benda(objek), fikiran (keinginan) dan pemilikan.
•
Asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan organisasi.
•
Idea tentang kepentingan, faedah, mutu dan kebernilaian tentang segala benda, perkara dan fenomena yg terdpt dan berlaku di dlm alam semesta.
•
Aspek kualitatif dan subjektif hasil pertimbangan pemikiran dan emosi manusia tentang pengalamannya dlm proses interaksi dgn alam sekitar dan masyarakat manusia.
•
Penentu dlm diri manusia seterusnya mempengaruhi pilihannya dlm kehidupan dan menentukan tingkah lakunya.
•
Merupakan asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan organisasi
•
Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yg mendorong seseorg atau sesebuah institusi utk bertindak mengikut pemilihan yg berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan, dan iktidal (temperance) merupakan nilai-nilai utama dlm masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan menjamin rakyat yg berpendidikan lengkap dlm hubungan masyarakat – perilaku etiket sosial dan budaya ilmu.
•
Jules Henry (1975) - Sesuatu yang dikira baik spt kasih sayang, baik hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan.
•
Coughlan (1969) -Nilai kebiasaannya dilihat sebagai keutamaan, kriteria, objek, milik, personaliti dan sifat-sifat status, pemikiran yg tetap yg diwariskan dlm objek-objek atau terdpt dlm diri manusia, dan/atau bersamaan dgn tingkah laku manusia.
•
Taylor (1961)- Nilai adalah darjah dan peraturan yg secara tergabung, membina cara hidup seseorg manusia. Nilai menggariskan ideal-ideal dan matlamat-matlamat hidup. Nilai adalah darjah normatif dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan yg mempengaruhi pemikiran manusia semasa membuat.
1
kita
dlm
mempertimbangkan
~ Siti Atiqah Ali~
Konsep Moral •
Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin ‘ moralis’ (customs and manners) yang merujuk kepada hubungan antara manusia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah moral membawa maksud ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain) yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil.
•
Pengertian moral, menurut Suseno (1998) adalah ukuran baik-buruknya seseorang, baik sebagai peribadi mahupun sebagai warga masyarakat, dan warga negara. Menurut Ouska dan Whellan (1997), moral merupakan prinsip baik-buruk yang ada dan melekat dalam diri individu. Walaupun moral itu berada dalam diri individu, tetapi moral tetap berada dalam suatu sistem yang beperaturan. Menurut Ras Eko Boeddy Santosa (2011), konsep moral juga mencakupi kesedaran moral (moral awarness), pengetahuan nilai moral (knowing moral value), pandangan ke hadapan (perspective talking), penyebab moral (reasoning), membuat keputusan (decision making), dan pengetahuan diri sendiri (self knowledge).
•
Menurut Professor Madya Dr. Azizi Yahya, moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Menurut beliau lagi, konsep moral dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu kandungan moral, bentuk moral, dan dimensi moral. Isi kanduangan moral merangkumi dua aspek, iaitu peraturan masyarakt dan keperibadian manusia yang mulia. Secara umum, bentuk etika pula merujuk kepada membuat tanggapan tentang situasi yang menimbulkan isu atau dilema moral. Konsep etika boleh difahami dengan lebih
lanjut
berdasarkan
dimensi
etika.
Secara
amnya,
kita
boleh
membahagikan etika kepda tiga dimensi, iaitu secara penaakulan, perasaan moral, dan perlakuan moral. Ketiga-tiga dimensi etika ini boleh dijelaskan melalui Rajah 1 di bawah ini:
2
~ Siti Atiqah Ali~
Menurut Masnizah Mohd (2005), moral membicarakan persoalan yang betul
•
atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza. •
Menurut Fairuz Hariz, moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral. Moral terbahagi kepada dua iaitu baik ( segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik) dan buruk (tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk).
ETIKA –
Berasal dari bahasa Yunani adalah “ethos”, yang bererti watak kesusilaan atau adat kebiasaan.
– Etika biasanya berkait erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu “Mos” dan dalam bentuk lain “Mores”, yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik, dan menghindari tindakan yang buruk – Mohd. Tap b Salleh, Zakaria b Ahmad dan Syed Zulflida b Syed Md.Noor (1993), etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. – Menurut Abd Latif (2001), Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia. – dalam bahasa arab pula adalah dan etika bererti ilmu akhlak.
3
~ Siti Atiqah Ali~
– Terminius Techicus (1993) etika adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari masalah perbuatan atau tindakan manusia. –
Manner dan Custom (1987),mengatakan etika adalah berkaitan dengan tata cara dan kebiasaan (adat) yang melekat dalam kudrat manusia (In herent in human nature) yang terikat dengan pengertian “baik dan buruk” sesuatu tingkah laku atau perbuatan manusia.
–
Dr. O.P. Simorangkir (1991) etika adalah sebagai pandangan manusia dalam berprilaku menurut ukuran dan nilai yang baik dan sempurna berasaskan perilaku mulia.
– Dr. Sidi Gajalba (1992) etika adalah teori tentang tingkah laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk, sejauh mana yang dapat ditentukan oleh akal. – Dr. H. Burhanudin Salam (1989) etika adalah cabang ilmu yang berbicara mengenai nilai dan norma moral yang menentukan prilaku manusia dalam hidupnya. – Menurut Maryani dan Ludigdo (2001), etika adalah aturan atau pedoman yang mengatur perilaku manusia,baik yang harus dilakukan mahupun yang harus ditinggalkan yang diamalkan oleh sekelompok atau segolongan masyarakat.
4
~ Siti Atiqah Ali~