Garis Nombor Dalam asas matematik, garis nombor adalah merupakan satu garis lurus dimana setiap titik pada garisan nombor di anggap mewakili satu nombor. Apabila titik bergerak kearah kanan, nilai nombor yang mewakili titik semakin menaik dan sebaliknya apabila bergerak kearah kiri.
Garis Nombor (Operasi Tambah): Oleh kerana semakin kita bergerak kekanan garis nombor, nilainya semakin menaik, maka pengunaan startegi membilang secara menambah 1 atau lompatan dan model membilang kehadapan adalah sesuai digunakan. Contoh Soalan: 3 + 4 = Langkah 1: Dengan mengunakan garis nombor yang disediakan, murid melukis anak panah dari titik sifar ke titik nombor 3.
Langkah 2: Satu anak panah lompatan dilukiskan sekali lagi bermula titik 3 menuju ke empat titik selepasnya.
Langkah 3: Nombor dimana anak panah kedua berhenti merupakan penyelesaian pada soalan yang diberikan.
maka, 3 + 4 = 7 Garis Nombor (Operasi Tolak): Bagi operasi penolakkan pula, model membilang ke belakang digunakan. Model ini merupakan aktiviti membilang nombor dalam turutan menurun. Ianya bertentangan dengan model membilang kehadapan. Contoh Soalan: 9 – 7 = Langkah 1: Dengan mengunakan garis nombor yang disediakan, murid melukis anak panah yang melompat dari titik sifar ke titik Sembilan.
Langkah 2: Daripada titik Sembilan tadi murid mengira tujuh titik kebelakang bagi mendapatkan penyelesaian kepada soalan yang diberikan.
-7 Langkah 3: Nombor terakhir dimana anak panah berhenti merupakan penyelesaian kepada soalan yang diberi. Maka, 9 – 7 = 2 Nota: Guru boleh menyatakan kepada murid bahawa simbol ‘-‘ menunjukkan bergerak kebelakang. Maka -7 bermakna bergerak kebelakang 7 kali.
Garis Nombor (Operasi Darab): Bagi operasi darab, murid akan melakukan startegi penambahan berulang dimana mereka akan mengira satu persatu secara melangkau dengan memenuhi ciri khusus konsep penambahan berulang iaitu melibatkan penambahan nombor yang sama. Contoh Soalan: 4 x 4 = Langkah 1: Dengan mengunakan garis nombor yang diberikan murid akan melukis anak panah yang melompat dari 0 ke 4 dan ke empat titik seterusnya sebanyak 4 kali lompatan.
Langkah 2: Setelah cukup empat lompatan, nombor pada hujung anak panah terakhir merupakan penyelesaian kepada soalan. Maka, 4 x 4 = 16.
Garis Nombor (Operasi Bahagi): Operasi bahagi merupakan songsangan kepada operasi darab. Pendaraban mengunakan konsep penambahan berulang manakala operasi bahagi pula mengunakan konsep penolakkan berulang. Contoh Soalan: 10 ÷ 2 = Langkah 1: Dari angka 10, lakukan lompatan melangkau 2 titik setiap lompatan sehingga anak panah terakhir menunjukkan pada nilai sifar.
Langkah 2: Kira berapa kali lompatan yang diperlukan bagi mendapatkan nilai sifar. Jumlah lompatan adalah penyelesaian kepada soalan yang diberikan. Maka, 10 ÷ 2 = 5