ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM MOHAMAD RIDZUAN B. ABD RAHMAN 2010
1.0 Pendahuluan Sejarah awal dan perkembangan Islam di Brunei adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan ini amat penting dalam kelangsungan Brunei sebagai sebuah kerajaan. Kedudukan Brunei yang terletak dipertengahan jalur pelayaran kapal-kapal perniagaan yang berulang-alik antara Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Indonesia dan pelabuhan-pelabuhan di Champa dan di pusat perniagaan di Canton, China menjadikan pelabuhan Brunei tempat yang sesuai untuk disinggahi oleh kebanyakan kapal perdagangan itu termasuk dari negara Arab.1 Sungai Abai didaerah Belud, wilayah Sabah adalah sebuah pusat perniagaan yang terkenal di utara Borneo semenjak abad ketujuh dan sudah wujud perhubungan perniagaan antara Brunei dengan negeri-negeri berjiran dengannya dan juga dengan China.2 Hakikat ini dapat dibuktikan dengan adanya penemuan bekas-bekas tembikar China di pelabuhan ini yang tarikhnya berhubung dengan zaman Sung (960-1279 Masihi) dan zaman Ming (13681644 Masihi). Kedudukan ini sangat istimewa kerana melalui aktiviti perdagangan ini ajaran Islam dapat disebarkan ke Brunei. Perkembangan yang berlaku di Brunei banyak dipengaruhi oleh aspek luaran seperti hubungan dengan negara China, perdagangan dengan pedagang Arab, kedatangan mubaligh Arab dan juga ancaman daripada Sepanyol. Pengaruh ini yang mencorakkan perkembangan Brunei sebagai sebuah kerajaan. 1
Wan Hussein Azmi Abd.Kadir, Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke-15 dan ke-16 : Perjuangan Menentang Penjajahan sepanyol di Alam Melayu dalam Ismail Hussein, A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman alAhmadi (peny.), (1995), Tamadun Melayu : Jilid Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1098. 2 Ibid.
1
2.0 Sejarah Awal Kewujudan Brunei pada peringkat awal sukar untuk dibuktikan jika kita tidak merujuk kepada sumber-sumber China. Sumber-sumber ini yang banyak memberi penerangan mengenai hubungan diplomatik dan juga mengenai penghantaran delegasi diplomatik ke negara China. Pada tahun 501, 522, 616, 630 dan 699 Masihi, Brunei telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China khususnya dalam hal-ehwal perniagaan dan perdagangan.3 Hubungan ini menjadi bukti kewujudan Brunei pada peringkat awal. Namun demikian, penggunaan istilah Brunei pada peringkat awal tidak begitu sesuai kerana istilah yang sering digunakan untuk adalah seperti Ye-po-ti, Po-li, Po-ni, atau Bruneng. Walaupunbegitu, nama-nama ini masih lagi merujuk kepada Brunei. Sejarah awal pembentukan
kerajaan Brunei sukar dibuktikan kesahihan fakta dan lebih banyak
dipengaruhi dengan unsur mitos. Misalnya, dalam syair Semaun, disebutkan yang negeri ini ditemui oleh kaum Sakai. Sebelum abad ke-6, Brunei telah diduduki oleh orang Bisaya dari Sumatera dan Jawa.4 Oleh itu, perkembangan sejarah awal Brunei lebih banyak merujuk sumber-sumber China. Perubahan dinasti yang berlaku di negara China, sebenarnya mempengaruhi istilah yang digunakan untuk merujuk Brunei. Istilah yang digunakan sering kali berubah-ubah. Pada mulanya dalam catatan Fa-Hsien pada tahun 413-414 Masihi, Brunei dikenali sebagai Ye-Po-Ti, memang Ye-po-ti tidak secara langsung ditujukan kepada Brunei, tetapi hanya suatu tempat di Borneo.5 Tetapi memandangkan kedudukannya itu bersesuaian dengan kedudukan Brunei sebagai tempat persinggahan ahli-ahli pelayaran dari India ke China atau
3
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1997), Survival Brunei : Dari Perspektif Islam, Bandar Seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei, hlm 1. 4 Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm 142. 5 Ibid.
2
sebaliknya ketika itu, maka besar kemungkinan yang Ye-po-ti ialah Brunei.6 Pendek kata, pada abad ke-5, Brunei dikenali dengan nama Ye-Po-Ti dalam sumber-sumber China. Namun begitu, sejak abad ke-6 hingga ke-7 Masihi, ataupun pada zaman Dinasti Liang (502-566 Masihi), Dinasti Sui (589-618 Masihi) dan Dinasti Tang (618-906 Masihi), timbullah sebutan baru bagi Brunei iaiu Po-li.7 Sebab perubahan nama ini tidak dapat dipastikan, namun perubahan nama ini membuktikan bahawa kerajaan yang muncul di Brunei masih meneruskan hubungan diplomatik dengan negara China. Ketika Brunei Tua dikenali sebagai Po-li, telah menghantar utusan ke China pada tahun-tahun 517, 522, 616,630, dan 699 Masihi. Utusan
pada tahun 669 Masihi itu dikirimkan oleh Raja Hu-lan-nan-po
bersama-sama dengan utusan Huan-wang (Siam) untuk mengeratkan hubungan yang putus.8 Penghantaran utusan ini boleg ditafsirkan sebagai satu usaha berterusan daripada kerajaan yang wujud di Brunei untuk mengeratkan hubungan dan juga mendapatkan pengiktirafan negara China mengenai kedaulatan kerajaan ini. Sekiranya nama Po-li itu masih diperdebatkan tentang kaitannya dengan Brunei, tetapi sejak timbulnya nama Po-ni/ Pu-ni pada abad ke-9 Masihi itu boleh dikatakan terdapat kesepakatan tentang persamaannya dengan Brunei. Pada zaman Dinasti Sung (960-1279 Masihi), kerajaan Puni dikatakan memerintah 14 kawasan serta mempunyai 10 000 penduduk. Bukti utama mengenai kerajaan Pu-ni ini adalah peristiwa kedatangan seorang pedagang China. Pada 977 Masihi, seorang saudagar bernama Pu Lu-Hsieh tiba di Puni untuk berniaga.9 Kedatangannya bukan sahaja disambut oleh raja Pu-ni (Hiangta/ Hianzta) dengan penuh hormat, malah kapalnya yang rosak itu telah dibaiki atas arahan raja.10 Kemudiannya
6
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei I: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Brunei : Jabatan Pusat Sejarah, hlm 5-6. 7 Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, hlm 142. 8 Ibid., hlm 143. 9 Ibid. 10 Ibid.
3
apabila Pu-Lu Hsieh pulang ke China pada tahun itu, Raja Puni telah mengirim surat melalui utusannya ke China yang terdiri daripada Pu Ya-li (Abu Ali), Shih Nu (Syeikh Nuh) dan Qadi Kasim. Demikian juga pada tahun 1082 Masihi, Raja Puni yang bernama Sri Maja terus menghantar utusannya ke China.11 Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan kerajaan Pu-ni ada;ah berteraskan perdagangan dengan negara China. Satu perkara yang menarik mengenai sejarah awal Brunei adalah mengenai status Brunei sebagai negeri vassal kepada Majapahit yang berpusat di pulau Jawa. Kenyataan terpenting sekali ialah berdasarkan Kakawin Nagarakertagama (1365 Masihi) yang menyebutkan nama „Bruneng‟
sebagai wilayah taklukan Majapahit.12 Kenyataan ini
memberi gambaran bahawa pada zaman itu, Brunei tertakluk kepada pengaruh Majapahit. Sejarah awal Brunei agak kabur khasnya dalam aspek keagamaan. Hal ini disebabkan tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa Brunei pada peringkat awal sama ada yang menganut atau mengamalkan ajaran agama Hindu-Buddha. Namun begitu, daripada jumpaan-jumpaan yang terdapat di Brunei itu tidak menunjukkan wujudnya pengaruh kebudayaan Hindu yang luas.13 Bagaimanapun ada ditemui sebuah inskripsi Sanskrit yang kadungannya membayangkan pengaruh agama Buddha-Mahayana.14 Kekaburan mengenai status Brunei ini menjadi semakin rumit apabila terdapat bukti bahawa terdapatnya penganut ajaran Islam yang berada di Brunei. Peristiwa pengiriman tiga orang utusan Pu-ni yang beragama Islam ke China pada tahun 977 Masihi itu tentunya membayangkan yang pengaruh Islam sudah pun bertapak dan berkembang di Brunei.15
11
Ibid. Ibid. 13 Ibid., hlm 144. 14 Ibid. 15 Ibid. 12
4
3.0 Kedatangan Islam di Brunei Kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan khususnya: Nusantara dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap persinggahan, tahap pertapakan dan tahap penyebaran pengaruh secara besar-besaran.16 Mengenai tahap pertama, ia berlaku sebagai kelangsungan daripada kegiatan perdagangan yang berlangsung sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Ada dua teori yang pernah dikemukakan tentang hubungan Arab denga Asia Tenggara. Pertama, hubungan secara langsung dan kedua hubungan secara tidak langsung. Mengenai hubungan secara langsung, ini berlaku berikutan dari keperluan barangan yang membawa pedagang-pedagang Arab dan Farsi ke Nusantara. Diantara bahan-bahan tersebut ialah lada, rempah, kemenyan, dan kapur barus. Khusus tentang kapur barus, ia pernah dianggap sebagai sebagai punca yang yang membawa orang-orang Arab ke Nusantara sejak awal lagi.17 Sebenarnya, barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-oang Arab, bahkan juga oleh orang-orang Barat. Mengenai hubungan secara tidak langsung, ini berlaku apabila pedagang-pedagang Arab dan Farsi menjalankan kegiatan perdagangannya dengan China. Memang diakui terdapatnya jalan darat melalui pelabuhan Oc-eo di Funan tetapi pada umumnya pedagangpedagang Arab menggunakan jalan lautan, melintasi pesisir India dan Asia Tenggara menurut musim angin. Dalam kegiatan ini mereka menjadikan kawasan kepulauan Asia Tenggara sebagai pelabuhan persinggahan. Selepas itu, timbul pula tahap kedua yang menunjukkan kesan pertapakan Islam di Asia Tenggara. Ini berlaku sepanjang zaman Bani Umayyah (661-750M) dan Bani Abbasiyah (750-1258M). Bukti yang selalu disebutkan ( termasuk oleh Thomas Arnold dalam bukunya The Preaching of Islam) ialah dalam tahun 674M, dimana dikatakan sudah terdapat 16
Abdul Rahman Hj Abdullah, (1989), Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Selangor : Penerbitan Pena Sdn. Bhd., hlm 89. 17 Ibid.
5
penempatan orang-orang Arab-Islam di pantai barat Sumatera. 18 Bukti ini jelas menunjukkan mengenai kehadiran orang Islam, namun kehadiran ini tidak bermakna mereka menyebarkan ajaran Islam dalam kalangan penduduk tempatan. Walaupun terdapat perkampungan Ta-Shih iaitu orang Arab di pulau Jawa, mereka hanya dianggap sebagai pedagang sahaja. Kebanyakan penulis Barat berpendapat bahawa Brunei mula menerima Islam dalam abad yang ke-16 Masihi iaitu selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 Masihi. Lebih awal daripada itu iaitu pada abad ke-7 masihi, menurut sumber China dan Arab ramai pedagang Arab dan Farsi pergi ke Canton dan dalam abad yang ke-9 Masihi mereka memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal perdagangan di Negeri China. Menurut S.Q. Fatimi, pedagang Islam tersebut adalah merupakan penghubung di antara Negeri China dan kepulauan Asia Tenggara yang kemudiannya bertanggungjawab pula dalam mengembangkan Islam di kawasan sebelah sini.19 Ini disokong oleh bukti arkeologi, jumpaa wang syiling yang mengandungi tulisan jawi, di muka belakang wang itu berbunyi „Sultan alAdil al-Malik al-Zahir‟.20 Satu lagi bukti iaialh jumpaan batu nesan di perkuburan Rangas bertulisan Cina yang menunjukkan si mati adalah serang berketurunan Cina yang beragama Islam yang bernama ‘P’u kung Chih-mu’ yang meninggal pada tahun 1264 Masihi (Zaman Dinasti Sung Selatan).21 Menurut W.Franke dan Ch‟en Tieh Fan, Tuan P’u sudah tentu seorang yang penting kedudukannya di Negeri China.22 Batu nisan yang sengaja didatangkan dari Negeri China itu menguatkan keterangan ini. Peristiwa yang berlaku di negara China sekitar abad ke-9 Masihi adalah amat penting kepada migrasi pedagang-pedagang ini ke kepulauan Asia Tenggara. Tragedi pertama ialah 18
Ibid.., hlm 90. Muhammad bin Abdul Rahman, Islam di Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 52. 20 Ibid., hlm 53. 21 Ibid. 22 Ibid. 19
6
pada tahun 878M apabila tercetusnya pemberontakan oleh Hwang Chao di Canton yang menyebabkan terbunuhnya seramai 100, 000 orang asing, dan kebanyakannya adalah orang Arab dan Islam.23 Akibat peristiwa ini ramai pedagang-pedagang Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Pelembang. Migrasi ini jelas sekali menunjukkan bahawa Islam itu datang daripada China walaupun penyebarnya bukan berasal dari negara tersebut. Hujah ini diperkuatkan dengan penemuan batu nisan yang bertarikh 419 Hijrah/1028 Masihi di Pekan, Pahang dan juga Batu Bersurat yang bertarikh 702 Hijrah/1303 Masihi di Kuala Brang, Terengganu.24 Adapun mengenai tahap ketiga, ia berlaku selepas jatuhnya Baghdad pada tahun 1258M, akibat serangan Mongol. Dengan kejatuhan ini bukanlah menjadikan dakwah Islam di Asia Tenggara terbantut, bahkan sebaliknya ianya berlaku secara besar-besaran. Selain daripada teori daripada negara China, terdapat teori yang menyatakan bahawa Islam yang dianuti oleh orang Melayu dibawa oleh pendakwah yang berasal dari Benua Kecil India. Teori ini kemudiannya disokong oleh kajian yang dibuat oleh J.P Moquette pada tahun 1912 terhadap gaya batu nesan yang bertarikh 1428 Masihi (831Hijrah) yang ditemui di Pasai. Beliau mendapati bahawa batu nesan ini memmpunai persamaan dengan batu nesan yang ditemui di makam Maulana Malik Ibrahim di Grisik.25 Berdasarkan penemuan ini, Moquette membuat kesimpulan bahawa Islam yang disebarkan ke rantau ini berasal dari India kerana batu nesan yang ditemui di kedua-dua tempat ini adalah sama dengan batu nesan yang ditemui di Cambay dan Gujerat.26 Bukti-bukti yang diberikan ini masih lagi bercanggah antara satu sama lain, sama ada Islam datang secara langsung dari Arab, mahupun secara tidak langsung dari India atau
23
Abdul Rahman Hj Abdullah, (1989), Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, hlm 91. Ibid. 25 Mohammad Redzuan Othman, (1995), Islam dan Masyarakat Melayu : Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, hlm 4. 26 Ibid. 24
7
China. Akan tetapi, penyebaran ajaran Islam yang berlaku di Brunei adalah kesan daripada kepesatan perdagangan yang wujud antara India dengan China.
4.0 Perkembangan Islam Seperti yang telah disentuh sebelumnya, agama Islam sudah bertapak di Brunei sejak abad ke-10 dan ke-11 Masihi lagi. Pada tahun 977 Masihi, misalnya, terdapat perutusan Brunei ke China yang terdiri daripada Abu Ali (Pu Ali), Syaikh Nuh (Shih Nu) dan Qadi Kassim.27 Terdahulu daripada itu, pada yang sama seorang pedagang dari China yang bernama Pu LuHsieh telah datang ke Brunei.28 Besar kemungkinan yang beliau beragama Islam, oleh kerana nama Pu itu kebanyakannya digunakan oleh orang Islam.29 Demikian juga telah ditemui batu nisan puteri Makhdarah binti Ali yang bertarikh 440 Hijah/ 1048 Masihi.30 Walaupun buktibukti ini menunjukkan yang Islam sudah bertapak sejak awal lagi, tetapi ia tidaklah memberi petunjuk tentang wujudnya kerajaan Muslim di Brunei. Tentang permulaan kerajaan Islam di Brunei, tidak terdapat tarikh yang jelas. Apa yang jelas hanyalah tentang pengasasnya iaitu Awang Alak Betatar anak Sang Aji. Namun ini boleh memberi gambaran mengenai raja yang mengasaskan kerajaan Brunei. Asal usulnya juga agak kabur, tetapi kemungkinan juga daripada keturunan raja-raja sebelumnya, ataupun daripada Raja Garayong (Pagar Ruyong) ataupun Raja Kayan di Ulu Baram. 31 Kononnya seorang Iban yang bernama Awang Semaun telah membawa seoang puteri Sultan Johor ke Brunei. Puteri inilah yang kemudiannya dibawa pulang ke Johor dan berkahwin dengn Awang Alak Betatar. Dengan mengahwini puteri Johor yang beragama Islam kira-kira pada 27
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm 290. 28 Ibid. 29 Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei I: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Brunei : Jabatan Pusat Sejarah, hlm 86-87. 30 Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, hlm 290. 31 Ibid.
8
tahun 1368 Masihi dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Syah yang menjadikannya sultan beragama Islam pertama.32 Menurut pendapat lain, Sultan Johor yang dikatakan berangkat ke Brunei untuk menjaga hati puterinya dan kerana kemasyuran Brunei, terus menabalkan Awang Alak Betatar sebagai sultan Brunei.33 Dalam catatan China, nama Sultan Muhammad Syah muncul dengan nama ‘Ma-ha-mo-sha’ berdasarkan laporan utusan China ke Jawa pada tahun 1370 Masihi serta utusan Brunei ke China pada tahun 1371Masihi.34 Pengasas Kesultanan Brunei tidak banyak dipersoalkan tentang namanya, kecuali pada tarikh dan asal usulnya. Hasil perkahwinan Sultan Muhammad Syah, beliau mendapat seorang putera dan puteri. Putera inilah yang dikatakan telah dilantik sebagai Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Abdul Majid Hasan, yang dalam catatan China disebut sebagai „Ma-na-je-ka-na atau (Panajechiana)‟.35 Pada tahun 1405 Masihi, beliau mengirim utusan ke China untuk mendapat pengiktirafan, yang mana telah dipenuhi oleh Raja China dengan mengirim Mohor Diraja kepadanya.36 Pengiriman ini bertujuan untuk mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China mengenai status dan kedaulatan Brunei. Namun begitu, pengasas yang paling jelas adalah Syarif Ali, seorang mubaligh dari Taif yang datang bersama-sama dengan sahabatnya Sayid Alwi Ba-Faqih dan Sayid Hassan al-Haddad.37 Walaupun tarikh kedatangannya ke Brunei tidak dapat dipastikan, tetapi sebagai tokoh mubaligh yang disegani, beliau telah berkahwin dengan puteri Sultan Ahmad. Oleh kerana, sultan Ahmad tidak mempunyai putera, maka dengan kematiannya lalu Syarif Ali terus dilantik sebagai pengganti mentuanya, dengan nama Sultan Syarif Ali atau lebih 32
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei Sejarah I: Awal dan Perkembangan Islam, Brunei : Jabatan Pusat Sejarah, hlm 35-43. 33 Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm 290. 34 Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei Sejarah Awal I: dan Perkembangan Islam, hlm 19-20. 35 Ibid,. hlm 52-53. 36 Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, hlm 290-291. 37 Ibid., hlm 291.
9
terkenal dengan gelaran sultan Berkat.38 Sultan Berkat merupakan seorang sultan yang mementingkan penyebaran Islam, malahan dianggap sebagai tanggungjawab sultan sebagai ketua negara untuk menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan. Selepas itu beliau digantikan oleh anaknya, Sultan sulaiman (1432-1485 Masihi) dan diikuti oleh Sultan Bolkiah (1485-1524 Masihi). Hubungan antara Brunei dengan Sepanyol menjadi semakin jelas pada zaman pemerintahan Sultan Saiful Rijal. Penyebaran agama Islam pada zaman sultan ini telah berhadapan dengan ancaman Sepanyol yang juga ingin menyebarkan ajaran Kristian Katolik. Pada zaman Sultan Saiful Rijal (1533-1581 Masihi) Brunei telah menjadi sebagai pusat dakwah Islam, gerakan penyebaran Islam telah diperhebatkan hingga ke Filipina, yang sejak tahun 1565 Masihi telah dijajah oleh Sepanyol. Malah pada tahun 1574 Masihi Brunei telah menyerang kubu Sepanyol di Manila, serta menghasut bangsa Moro agar bangun menentang pendudukan Sepanyol itu. Dasar agama dan politik Brunei seperti ini menyebabkan Gabenor Sepanyol di Filipina, sco de Sande bertindak balas hingga tercetusnya Perang Kastilla pada tahun 1578. Walaupun serangan ini membawa kejayaan kepada Sepanyol yang mendorongmya memyerang lagi pada tahun 1580, namun Brunei berjaya mempertahankan kedaulatannya di bawah pimpinan Pengiran Bendahara Sakam, adik Sultan Saiful Rizal.39
38
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei I: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Brunei : Jabatan Pusat Sejarah, hlm 93-117. 39 Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, hlm 292.
10
5.0 Peranan Sultan Kesungguhan sultan Brunei dalam menggalakkan penyebaran ajaran Islam merupakan satu perkara yang tidak dapat dinafikan. Malahan, peranan ini yang menyebabkan ajaran Islam tersebar luas dalam kalangan penduduk tempatan dalam jajahan Brunei. Kemajuan perkembangan pengajaran Islam yang bermula sejak kedatangan Sultan Sharif Ali ke Brunei semakin bertambah pesat bukan sahaja meliputi seluruh rantau dan pesisir Brunei, malah telah meluas dan tersebar ke pulau-pulau yang diutara Pulau Brunei sehingga Brunei ketika itu telah menjadi pusat perkembangan Islam.40 Sultan Berkat telah memperkukuhkan pengamalan ajaran Islam, disamping membina masjid yang pertama dan memulakan pembinaan jambatan yang menyeberangi muara Sungai Brunei. 41 Sebagai seorang ulama yang menjadi sultan, warisan sultan Berkat (1425-1435 Masihi) yang terpenting adalah menegakkan ajaran dan syiar Islam seumpama pembangunan masjid dan penentuan arah kiblat serta memperhebatkan usaha penyebaran Islam ke wilayahwilayah lain secara meluas.42 Usaha pengukuhan ajara Islam oleh sultan merupakan suatu usaha yang baaka boleh dianggap sebagai cita-cita peribadi sultan untuk melihat agama Islam berkembang pesat di Brunei dan kawasan sekitarnya. Kesungguhan ini yang menjadi kunci utama kepada kejayaan Brunei sebagai pusat perkembangan Islam yang berjaya. Usaha yang dimulakan oleh Sultan Berkat telah diteruskan oleh Sultan Sulaiman. Penyebaran dan pengajaran ajaran Islam merupakan suatu tanggungjawab sultan melalui beberapa usaha baginda. “...Paduka seri Sultan Berkat ialah mendirikan Negeri Islam berbuat masjid. Maka putera baginda laki-laki menjadi raja yang keempat bergelar Paduka Seri Sultan Sulaiman ialah kerajaan di Negeri Brunei bertambah-tambah kuatnya 40
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1997), Tarsilah Brunei II : Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran, Bandar seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm 35-36. 41 Graham Saunders, (1994), A History of Brunei, Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm 40. 42 Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Ditributors Sdn Bhd, hlm292.
11
mendirikan syari‟at Nabi Muhammad Sallallahu „Alaihi wa Sallam, masyhurlah ugama Islam di Negeri Brunei.”43
Suatu perkara yang menarik mengenai peranan sultan adalah konsep perluasan kuasa dan wilayah Brunei. Perluasan wilayah ini merupakan suatu usaha sultan untuk menyebar luas ajaran Islam khususnya dalam kalangan masyarakat pagan dikepulauan Filipina. Hubungan antara sultan dengan wilayah taklukannya merupakan kunci utama dalam penyebaran agama Islam ke kawasan tersebut. Menurut sejarah Tawi-Tawi, Sultan Bolkiah disebut Tuan Nakhoda (Nakhoda Ragam), adalah seorang Raja (Kapten, Laksamana) yang terkenal di laut yang memerintah Borneo, Tawi-tawi dan Manila.44 Menerusi penempatan yang disebutkan bukan sahaja telah dapat mengukuhkan
kekuatan dan kekuasaan politik baginda tetapi juga telah dapat
menyebarkan agama Islam dalam kalangan penduduk tempatan. Hubungan antara Brunei dengan kawasan Pulau Luzon dijelaskan Antonio de Morga, seorang pegawai sepanyol yang diam di Filipina antara T.M 1595-1603 menyatakan perkara ini antara lain. “Beberapa orang penduduk tempatan Pulau Borneo mulai datang bersama dagangan mereka ke Pulau Luzon beberapa tahun sebelum orang sepanyol menaklukinya [Manila] teruatam sekali ke Bandar Manila dan Tondo dan penduduk kedua-dua pulau itu [Borneo dan Luzon] saling berkahwin campur.. Penduduk –penduduk Pulau Borneo ini adalah „Mussulmans‟ [Muslim] dan mereka memperkenalkan mazhab mereka dikalangan anak-anak negeri ini dengan mengajarkan mereka ibadat sembahyang dan upacara-upacara dan corak hidup yang harus mereka patuhi.”45
Hal ini menunjukkan bahawa perluasan kuasa Brunei adalah bertujuan untuk mengislamkan penduduk tempatan. Namun begitu, terdapat satu bukti yang menunjukkan 43
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1997), Tarsilah Brunei II : Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran, Bandar seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm 2. 44 Ibid., hlm 23. 45 Ibid., hlm 24.
12
Brunei menjadi pusat perkembangan Islam boleh didapati daripada surat Francisco de Sande yang bertarikh 13 april 1578 yang meminta supaya Sultan Saiful Rijal memberhentikan usaha mengembangkan ugama Islam di kepulauan Filipina. Antara lain surat itu menyebut : “...patik menghendaki supaya Duli Tuanku jangan menghantar mubaligh-mubaligh ajaran Mahoma [Islam] ke mana-mana bahagian kepulauan ini atau kepada orang „Tingues‟ (orang bukit) yang masih jahiliah itu, dan tidak juga ke kawasan pulau Duli Tuanku sendiri.”46
Penyebaran Islam dalam kalangan penduduk tempatan oleh sultan telah mendapat tentangan daripada Sepanyol yang juga mempunyai niat untuk menyebarkan ajaran Kristian Katolik dalam kalangan penduduk tempatan. Pertentangan ini merupakan konflik yang wujud disebabkan masing-masing mempunyai niat untuk menyebarkan ajaran Islam dan Kristian dalam kalangan penduduk tempata. Namun begitu, Brunei tidak berdiam diri berhubung dengan tanggungjawabnya sebagai pusat penyebaran Islam. Brunei mencuba menyekat dan menghapuskan penguasaan Sepanyol dengan dua strategi ; pertama, politik iaitu cuba mewujudkan pemberontakan di Luzon, Sibu, dan daerah-daerah yang lain, kedua iaitu agama (Islam), Brunei menghantar para pendakwah ke daerah-daerah yang dikuasai oleh Sepanyol untuk meniupkan roh Islamiah dan membangkitkan semangat jihad.47 Hal ini menyebabkan penguasa Sepanyol di Manila, mengirim sepucuk surat kepada Sultan Saiful Rijal yang disamping menuduh Brunei menghasut orang Islam di Filipina agar memberontak terhadap kuasa Brunei, juga meminta agar diizinkan untuk mengembangkan agama Kristian di Brunei.48 Permintaan daripada penguasa Sepanyol ini telah mencabar Brunei sebagai pusat penyebaran ajaran Islam. Hal ini menyebabkan, Sultan Saiful Rijal 46
Ibid., hlm 36. Wan Hussein Azmi Abd.Kadir, Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke-15 dan ke-16 : Perjuangan Menentang Penjajahan sepanyol di Alam Melayu dalam Ismail Hussein, A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman alAhmadi (peny.), (1995), Tamadun Melayu : Jilid Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1111. 48 Saifullah Mohd Sawi dan Samsu Adabi Mamat, (2009), Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara, Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd, hlm 66. 47
13
menjadil marah dan menolak keras isi surat tersebut dan akibatnya pada bulan April 1578, Sepanyol mengirim armada laut ke Brunei untuk menyerang dan menguasai brunei, tetapi serangan ini dapat dipatahkan oleh Sultan Saiful Rijal sehingga armada tersebut berpatah balik ke Manila.49 Menyedari bahawa kedudukan Brunei sebagai pusat penyebaran agama Islam semakin tergugat dengan ancaman Sepanyo. Sultan Saiful Rijal telah bertindak pantas untuk memusnahkan kekuatan Sepanyol di kepulauan Filipina. Sultan Brunei telah melengkapkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada 100 buah kapal dan 100 buah perahu untuk menyerang Sepanyol di Manila, tetapi baginda menitahkan supaya angkatan laut itu kembali semula ke Brunei kerana bimbang negerinya tidak mempunyai bilangan tentera yang mencukupi.50 Tindakan ini diambil kerana Sultan berpandangan bahawa jika serangan ini dilakukan, maka negeri Brunei terdedah dengan serangan balas Sepanyol. Walaupun tindakan sultan tidak meneruskan serangan keatas kepulauan Filipina dianggap sebagai tidak berani, namun tindakan ini sebenarnya menutup ruang Sepanyol untuk menyerang Brunei. Hal ini kerana, jika kekuatan Brunei dikerah untuk berperang dengan Sepanyol di Manila. Brunei akan kekurangan kekuatan tentera untuk mempertahankan diri jika serangan balas Sepanyol berlaku. Kedudukan Brunei sebagai pusat penyebaran ajaran Islam terus berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Hasan. Peranan sultan dikaitkan dengan hubungan antara Brunei dengan wilayah jajahannya. “...di Pulau Mindanao yang takluk kepada tuanku, dan sejak beberapa tahun yang telah lalu membayar ufti kepada tuanku...kira-kira tiga tahun yang lepas secara terbuka telah disebarkan Undang-Undang Mahoma [Ugama Islam] yang diajarkan oleh mubaligh-mubaligh [Islam] dari Brunei dan 49
Ibid. Wan Hussein Azmi Abd.Kadir, Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke-15 dan ke-16 : Perjuangan Menentang Penjajahan sepanyol di Alam Melayu dalam Ismail Hussein, A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman alAhmadi (peny.), (1995), Tamadun Melayu : Jilid Ketiga, hlm 1110. 50
14
Ternate yang datang ke sana yang sebahagiannya dipercayai berasal dari Makkah. Masjid telah didirikan oleh mereka, kanak-kanak lelaki disunatkan (dikhatan) dan di sana terdapat sebuah sekolah tempat mereka mengajar Al-Quran...”51 Penghantaran mubaligh-mubaligh oleh sultan merupakan suatu usaha untuk mengukuhkan pemahaman ajaran Islam dalam kalangan penduduk tempatan, disamping juga sebagai senjata untuk melawan kekuatan mubaligh-mubaligh Kristian Katolik yang dihantar oleh Sepanyol.
6.0 Kesimpulan Perkembangan Islam di Brunei merupakan satu usaha yang berterusan oleh para pedagangpedagang dari Arab, India dan China. Perkembangan ini juga disokong oleh sultan-sultan Brunei yang sentiasa menggalakkan penyebaran Islam di Brunei malahan dikawasan sekitar Brunei seperti di Sambas, Sulu dan Mindanao. Galakan dan semangat untuk berjuang mempertahankan Brunei daripada ancaman Sepanyol yang bercita-cita untuk menyebarkan agama Kristian. “Tujuan utama kita adalah sentiasa untuk menukarkan agama penduduk-penduduk pulau-pulau Hindia dan Terra Firma52 kepada agama suci kita [Kristian] dan menghantar mereka biskop-biskop, mubaligh dan orang terpelajar yang lain untuk mengajar, mendidik dan melatih mereka supaya bertatatertib.”53 Cabaran dan ancaman daripada Sepanyol tidak mematahkan semangat penyebar-penyebar ajaran Islam. Malahan cabaran ini yang menjadikan mereka begitu bersemangat untuk berjuang dan juga menyokong perjuangan penduduk tempatan di Sulu dan Mindanao untuk menentang ancaman Sepanyol pada abad ke-16 dan 17 Masihi.
51
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1997), Tarsilah Brunei II : Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran, Bandar seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm 104. 52 Terra Firma adalah nama gelaran Asia Selatan yang diberikan oleh Ptolemy.Rujuk Maruwiah Ahmat, (2006), Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke atas Asia Tenggara : Suatu Pengamatan Semula, Shah Alam : Karisma Publications, hlm 126. 53 Gregorio F. Zaide, (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Volume 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 232.
15