1.0 PENGENALAN Pengkaji telah ditugaskan untuk membuat kajian ke atas
pendekatan
strategik sebuah syarikat multinasional berdasarkan aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan. Selain itu, pengkaji perlu mengenalpasti pendekatan strategik yang digunakan, konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat multinasional dan mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisil. Oleh itu, pengkaji telah memilih Parkson Holdings Berhad sebagai syarikat yang ingin dikaji. Pengkaji juga akan mengkaji beberapa aspek dalam perancangan strategik perniagaan Parkson Holdings Berhad yang meliputi analisis kekuatan, kelemahan, ancaman,
dan peluang
(SWOT). Organisasi ini terlibat dalam aktiviti perniagaan
berasaskan perkhidmatan. Selain itu juga pengkaji perlu mengkaji konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diamalkan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad.Antara konsep-konsep perniagaan yang diamalkan ialah globalisasi, dunia tanpa sempadan, lokalisasi dan pasaran menimbul.Konsep ini amat penting bagi meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa.Seterusnya pengkaji perlu mencadangksn strategi yang sesuai diamalkan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad. Strategi yang sesuai dijalankanoleh syarikat Parkson Holdings Berhad adalah penembusan pasaran dan pembangunan produk. Majoriti negara di dunia termasuk Malaysia telah menerima kehadiransyarikat baru dalam pasaran antarabangsa iaitu syarikat multinasional. Menurut Daft Richad L., (2008) dalam buku The New Era of Management edisi ke-8, Syarikat multinasional ialah sebuah syarikat yang mana 25% atau lebih daripada jumlah hasil pendapatan keseluruhan syarikat adalah datangnya dari operasi luar negara asal syarikat (induk) tersebut. Parkson Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat multinsional yang beroperasi melalui cawangancawangan yang terdapat di beberapa buah negara seperti Malaysia, China, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.Syarikat induk Parkson Holdings Berhad adalah di Lion Office Tower, Kuala Lumpur, Malaysia.
1.1OBJEKTIF KAJIAN 1
Dalam kajian ini,beberapa objektif telah menjadi landasan dan panduan pengkaji. Objektif kajian tersebut adalah untuk : 1.1.1mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad 1.1.2menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad 1.1.3 mengenal pasti pendekatan perancangan strategik yang dijalankan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad 1.1.4 mencadangkan strategi yang sesuai dilakukan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad
2.0 LATAR BELAKANG
2
Parkson adalah sebuah syarikat gedung beli-belah yang terkenal di Malaysia. Syarikat Parkson Holdings Berhad telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 pada 26 Ogos 1982 yang pada mulanya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian Berhad di bawah nama Amalgamated Cement Mills Sdn Bhd. Namun, pada 27 Ogos 1988, namanya telah ditukar kepada Amalgamated Containers Sdn Bhd. Syarikat ini menjadi syarikat awam pada 17 Ogos 1992 dan memegang nama Parkson Holdings Berhad pada 19 September 2007. Parkson Holdings Berhad telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 28 Oktober 1993. Parkson mula dikenali sebagai pusat gedung beli-belah serbaneka semenjak tahun 1987. Pada dasarnya mereka menawarkan perkhidmatan menjual barangan-barangan pelbagai fesyen dan barangan berkaitan gaya hidup jenama terkenal antarabangsa dengan memfokuskan kepada empat kategori utama barangan iaitu; Fesyen & Pakaian, Kosmetik & Aksesori, Kelengkapan Rumah & Barangan Elektrik dan Barangan Runcit & Tidak Tahan Lama, yang mensasarkan segmen pasaran golongan muda dan kontemporari.Ibu pejabat Parkson Holdings Berhad beralamat di Lion Office Tower, No.1 Jalan Nagasari (Off Jalan Raja Chulan) 50200, Kuala Lumpur, Malaysia. Kini, Parkson Holdings Berhadtelah membuka 141 rantaian cawangan gedung Parkson di Malaysia, China, Singapore, Vietnam, Sri Lanka, Indonesia, dan Myanmar. Parkson Holdings Berhad telah berkembang secara berterusan untuk menjadi rantaian cawangan jabatan yang terbesar di Asia Pasifik. Mereka juga merancangan untuk membuka 15 - 18 cawangan baru dalam setahun, untuk mencapai 170 kedai tahun 2015, termasuk cawangan pertamanya di Kemboja yang akan dibuka pada tahun ini dan mencari peluang dalam potensi baru pasaran di rantau ini. Setiap tahun Parkson Holdings Berhad telah memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta orang pengguna.
2.1 LOKASI KAJIAN 3
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan kajian pengkaji adalah berfokus di Lion Office Tower, No.1 Jalan Nagasari (Off Jalan Raja Chulan) 50200, Kuala Lumpur, Malaysia telah dipilih sebagai kawasan kajian ini. Bangunan ini terletak berdekatan dengan bangunan pejabat kerajaan Macau, Publik Bank Jalan Raja Chulan, dan Hotel Istana Kuala Lumpur.Keseluruhannya, Parkson Holdings Berhad mempunyai 2.1 juta kaki persegi di seluruh Asia.
Peta 1.0 Parkson Holdings Berhad (sumber google maps)
3.0 KAEDAH KAJIAN
4
Bahagian ini membincang tentang beberapa jenis kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Antara tujuan menyediakan kaedah kajian ini adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Terdapat dua jenis data yang terdapat dalam proses pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder. Dalam kajian ini, pengkaji digalakkan menggunakan data sekunder kerana maklumat boleh diperoleh secara lansung dan kajian ini sesuai dijalankan menggunakan data sekunder. 3.1 Data Sekunder. Sumber data sekunder dapat didefinisikan sebagai data yang telah dikumpulkan oleh orang lain dan kemudian dipergunakan kembali dengan cara yang berbeza (Blaxter, et. al., 2001:229). Data sekunder boleh diperoleh melaluiinternet, perpustakaan, buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dan akhbar.Data-data penting termasuklah laporan tahunan sesuatu syarikat itu adalah data sekunder. Pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk melihat dan menganalisis laporan tahunan Parkson Holdings Berhad iaitu syarikat multinasional untuk kajian ini. Pada era globalisasi, maklumat kini adalah mudah untuk diperolehi dengan adanya teknologi (ICT) yang telah membantu pengkaji untuk mencari maklumat. Selain itu, rujukan laman sesawang seperti google maps dan image bagi memperoleh data iaitu peta serta gambar rajah.Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kaedah pengumpulan data daripada maklumat internet untuk mendapatkan peta dan gambar Parkson Holdings Berhad. Penggunaan data sekunder ini lazimnya dijadikan sumber data oleh para pengkaji kerana kebanyakan pengkaji merasakan mengumpulkan data primer itu terlalu sukar dan membazir waktu serta memakan kos yang tinggi. Melalui data sekunder,hasil penemuan seseorang pengkajidapat diubah suai mengikut kesesuaian objektif kajian pengkaji, data-data ini dapat memungkinkan pengkaji supaya boleh menumpukan perhatian kepada analisis data dan interpretasi data. 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5
Bahagian ini merumuskan dapatan kajian yang telah diperoleh daripada data sekunder.Perbincangan bahagian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu aktiviti perniagaan, konsep perniagaan antarabangsa, pendekatan stategik dan mencadangkan strategi yang sesuai dijalankan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad. Sesebuah syarikat multinasional memerlukan visi, misi dan objektifuntuk mencapai sesuatu tujuan yang dirancangkan.Begitu juga dengan Syarikat Parkson Holdings Berhad yang mempunyai visi, misi dan objetif tersendiri.Dengan adanya perancangan yang baik dapat menentukan hala tuju syarikat, mengukur prestasi dan menjadi garis panduan dalam membuat keputusan selaras dengan matlamat yang ingin dicapai. Visi Parkson Holdings Berhad Menurut Peter Drucker visi adalah gambaran tentang apa yang kita mahu perniagaan kita kelihatan seperti pada masa hadapan.Kenyataan visi juga adalah wawasan untuk masa hadapan. (sumber laman web appslibrary.com)Visi Syarikat parkson ialah “To Be Asia’s Leading Department Store Group”.Visi Parkson yang menyasarkan untuk menjadi kumpulan perniagaan global dengan produk kelas dunia telah menjadi landasan untuk Parkosn lebih berkembang di luar negara.( sumber Laman web Parkson) Misi Parkson Holdings Berhad Misi dapat diertikan sebagai tujuan dan matlamat utama sesebuah syarikat ditubuhkan.(sumber laman web appslibrary.com).Misi adalah permulaan yang penting dalam sesebuah perniagaan.Kenyataan misi membantu perniagaan untuk mencapai wawasan dalam jangkamasa panjang. Misi yang disandang oleh syarikat Parkson ialah “To Inspire Our People To Delight Our Customers” Parkson menjadi inspirasi kepada kakitangannya supaya lebih cemerlang dalam kerja. Selain itu, berdasarkan misi Parkson, Parkson juga mahu memberikan kegembiraan kepada pelanggan mereka dengan menawarkan produk yang berkualiti. Objektif Parkson Holdings Berhad Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, objektif ialah sesuatu yang khusus yang ingin dicapai, matlamat dan tujuan. Objektif Syarikat Parkson Holdings Berhad ialah untuk mengekalkan kedudukan Parkson sebagai pendahulu dalam pasaran industri 6
peruncitan, untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan dan memanfaatkan sumber-sumber semasa dan akan datang.Oleh itu, Parkson telah menerapkan nilai“Team Spirit Commitment Honesty & Integrity Customer-First Respect & Empathy”dalam kalangan pekerja. Dengan ini, pekerja-pekerja parkson akan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai tersebut semasa bekerja.( sumber Laman web Parkson ) Logo Parkson Holdings Berhad
Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’.Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu.Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi pertubuhan, persatuan, kelab, barangan komersial, syarikat, perkhidmatan, kempen dan pameran.Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja wujud pada segala hasil pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian kakitangan serta pekerjanya. ( sumber blog senivisual1 ). Parkson Holdings Berhad menggunakan gabungan logo huruf dan logo symbol untuk menghasilkan logonya.Logo Parkson melambangkan identitinya yang tersendiri. Logo ini dicipta selepas sayrikat keluli dibawah Lion Group iaitu Amalgamated Containers Sdn Bhd.ditutup
pada 2007 dan Lion group telah bercadang untuk
menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan runcit iaitu Parkson.
4.1 Aktiviti Perniagaan Syarikat Parkson Holdings Berhad. Aktiviti perniagaan adalah sesuatu yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan untuk mencapai matlamatnya.Sesetengah perniagaan boleh menjalankan lebih daripada satu jenis aktiviti perniagaan.Aktiviti perniagaan terbahagi kepada dua kategori utama iaitu aktiviti berasaskan pengeluaran dan aktiviti berasaskan perkhidmatan.Jenis aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran adalah seperti ekstraktif, barangan pengguna, barangan industri, pembuatan 7
dan pemasangan.Manakala, jenis aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan pula
adalah
peruncitan,
pemborongan,
kewangan,
professional,
dan
perhotelan.(sumberLaman Web pengajianperniagaan.wordpress.com) Syarikat Parkson Holdings Berhad merupakan sebuah perniagaan yang berasaskan
perkhidmatan
peruncitan.Aktiviti
perniagaan
khususnya
peruncitan telah lama berkembang pesat apabila munculnya revolusi perindustrian di Eropah. Di Malaysia, industri peruncitan merupakan antara industri yang penting dan memberi sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor perniagaan yang paling senang diceburi di Malaysia.Satu kajian telah dijalankan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad di Negeri Sembilan pada tahun 1986 tentang penglibatan bumiputera dalam perniagaan, telah melaporkan bahawa lebih daripada 25 peratus peniaga bumiputera dalam negeri berkenaan telah melibatkan diri dalam perniagaan barangan runcit. (sumber Jabatan Pembangunan Sumber Manusia UTM, 2005) Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir di dalam aliran produkproduk daripada pengeluar kepada pengguna.Maka ianya amat penting dalam ekonomi sesebuah negara.Ekonomi tidak boleh berfungsi tanpa peruncitan dan keberkesanan institusi peruncitan secara amnya memerlukan industri pemborongan.Parkson Holdings berhad mula dikenali sebagai pusat gedung beli-belah serbaneka semenjak tahun 1987.Parkson yang mulanya adalah jenis syarikat persendirian secara kecil-kecilan kini menjadi sebuah syarikat awam yang amat dikenali ramai. Pada mulanya Parkson merupakan anak syarikat kepada perusahaan keluli di bawah syarikat Amalgamated Cements Mill Sdn Bhd. Kemudiannya, apabila perniagaan Parkson telah menjadi semakin besar, maka perniagaan keluli telah ditutup dan mereka terus meneruskan perniagaan Parkson ini dan seterusnya menjadikan firma ini sebagai syarikat awam. (sumber Laman Web Parkson) Perniagaan utama Parkson ialah jualan mengikut jabatan dimana mereka menawarkan item-item daripada barangan fesyen yang berjenama terkenal 8
antarabangsa, perhiasan rumah, produk elektrik, barangan sofline dan hardline. Barang-barang jualan ini fokus kepada gaya, kepelbagaian, jenama, dan kualiti. Parkson telah menarik perhatian pelanggan kelas pertengahan dimana Parkson biasanya dilihat sebagai stor barang-barang niaga yang menawarkan harga yang berpatutan.Antara jenama pasaran Parkson seperti jadual 1 dibawah
Kategori
Jenama Adidas, Austin Reed, Laura Ashley, Paul Smith, Nike, Jeep,
Fesyen
Timberland
Kasut
Everbest,Bruno Magli, Polo Ralph, Geox, Velentino Rudy
Barangan Isi Rumah Perhiasan Rumah
Greenpan, Nachtmann, R2S, Pallas, Luminare, Zenzini Calvin Klein Home, Zucchi, Lacoste, Martex, Hallmark Jadual 1 : Jenama pasaran Parkson.
Selain daripada aktiviti peruncitan, Parkson Holdings Berhad juga menganjurkan aktiviti seperti ‘Parkson Malaysia Fair 2013’ di Parkson, Tianshan Road, Shanghai, ‘Parkson Cares My Park’, ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ dan banyak lagi.Stor dalam rangkaian Parkson dilengkapi dengan bilik persalinan, ruang tukar lampin, kaunter juruwang, serta bilik air bagi lelaki dan wanita. Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuklah khidmat pembungkusan hadiah, panggilan teksi, maklumat pelancongan tempatan, kemudahan cas telefon sel, dan kerusi roda. Kakitangan Parkson yang terlatih juga sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan dengan senyuman. (sumber artikel Lion Group ) 4.2 Konsep-Konsep Perniagaan Antarabangsa Parkson Holdings Berhad. 4.2.1 Globalisasi Globalisasi secara ringkasnya merupakan proses meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasai oleh sempadan dankedudukan geografi sesebuah negara. Dalam keadaan ini, setiap negara akan menerima satu keadaan yang lebih terbuka dengan wujudnya pembangunan teknologi 9
yang canggih dan kewujudan idea yang membawa kepada keperluan pembangunan semasa pada era globalisasi. Dalam konteks ekonomi, ianya melihat kepada pembukaan pasaran dan pengaliran modal secara meluas di dalam sesuatu pasaran. (sumber blog Cikgu Karthik) Syarikat Parkson Holding Berhad melaksanakan usaha meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa melalui konsep globalisasi.Parkson telah berkembang seiring dengankemunculan penerokaan ekonomi Asia di luar Malaysia untuk membuka kedai pertama di China pada tahun 1994, diikuti oleh Vietnam pada 2005, Indonesia pada tahun 2011, Sri Lanka pada tahun 2012, dan memasuki pasaran Myanmar pada tahun 2013. Kini Parkson Holdings Berhad telah membuka 141 rantaian cawangan gedung Parkson di Malaysia, China, Singapore, Vietnam, Sri Lanka, Indonesia, dan Myanmar. Parkson Holdings Berhad telah berkembang secara berterusan untuk menjadi rantaian cawangan jabatan yang terbesar di Asia Pasifik. (sumber Laman web Parkson)
4.2.2 Pasaran Menimbul Pasaran menimbul ialah pasaran baru yang dikenali sebagai kawasan yang boleh
menyediakan
pasaran
bagi
keluaran
dunia
dan
perniagaan
antarabangsa.Pasaran baru yang muncul tersebut ekoran daripada peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran. (sumber blog Cikgu Karthik) Parkson Holdings Berhad melakukan konsep pasaran menimbul dengan mengenal pasti negara yang mampu menonjol dalam bidang ekonomi.Contohnya, pada tahun 1994, Parkson Holdings Berhad telah membuka cawangan Parkson yang pertama di Fuxingmen, Beijing.Ini menandakan kumpulan Parkson mula menembusi pasaran jualan runcit China. Hal ini kerana Tan SriWilliam Cheng Heng Jem, Pengerusi Parkson Holdings Berhad menganggap ekonomi China mampu
menonjol.Oleh
sebab
pasaran
China
amat
besar,
sasaran
pembangunan Parkson tidak boleh hanya berfokus kepada bandar raya. Sebaliknya ia perlu ditawarkan ke bandar peringkat kedua, ketiga bahkan keempat kerana kedudukan geografi, kemampuan ekonomi serta potensi
10
elemen kemanusiaan yang baik selain peningkatan kuasa beli dalam pasaran. (sumber laman web Lion Group) 4.2.3 Dunia Tanpa Sempadan Dalam negara yang sedang berkembang pesat dalam bidang ekonomi, Malaysia tidak terlepas daripada menggunakan perdagangan tanpa sempadan dalam sistem perdagangannya dengan negara-negara lain di seluruh dunia.Dunia tanpa sempadan memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan negara. (sumberblog Cikgu Karthik)Negara-negara di dunia telah mewujudkan sempadan yang lebih besar, mengadakan blok-blok perdagangan bebas. Lebih sepuluh tahun yang lalu, gabungan blok perdagangan merupakan isu yang utama dalam agenda antarabangsa. Di benua Amerika, penubuhan Pasaran Bersama Selatan (Common Market of the South), dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA-North American Free Trade Agreement) dikatakan sebagai gelombang kedua setelah penubuhan Keutamaan Perjanjian Perdagangan (PTA-Prefrential Trade Agreement). Di Asia Tenggara, beberapa negara yang menyertai pertubuhan ASEAN telah menubuhkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA-ASEAN Free Trade Area) pada tahun 1992. Kesatuan Eropah (EU- European Union) ditubuhkan dalam tahun 1993 hasil daripada pembentukan kesatuan kastam yang diwakili oleh Komuniti Ekonomi Eropah (EEC-European Economic Community) dan Kawasan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA-European Free Trade Area EFTA). (sumber Fakulti Ekonomi UUM 2007) Di dalam bidang perdagangan antarabangsa terdapat bentuk-bentuk pakatan perdagangan, kesatuan perdagangan serantau dan kerjasama ekonomi. Kesatuan perdagangan serantau adalah satu proses untuk menghapuskan diskriminasi di antara barangan tempatan dan import, perkhidmatan dan sektor-sektor ekonomi yang lain dalam sesuatu negara. Melalui perjanjian blok-blok ini, aktiviti pemasaran, dan pengagihan keseluruhan syarikat Parkson Holdings Berhad dapat dijalankan dalam lingkungan negara-negara
11
ahli tanpa dikenakan sebarang tarif atau sekatan lain.Melalui dunia tanpa sempadan ini, Parkson Holdings Berhad juga telah meluaskan pasaran melalui perniagaan online dalam laman rasmi Parkson. 4.2.4 Lokalisasi Lokalisasi merujuk kepada usaha mengubah subsidiari daripada organisasi asing kepada organisasi tempatan yang menepati ciri-ciri tempatan.Hal ini bertujuan untuk memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan tempatan yang berbeza.Lokalisasi
juga
merupakan
satu
strategi
perniagaan
yang
menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu pasaran di kawasan tertentu. (sumberblog Cikgu Karthik)Parkson telah memberi tumpuan Fesyen, Solekan, Isi Rumah dan Elektrik.Pengguna terutamanya golongan muda dan segmen pasaran kontemporari adalah pasaran sasaran Parkson untuk mencapai objektif mereka.Contohnya, di China Syarikat Parkson perlu memasarkan barangan elektrik seperti kipas atau penyaman udara apabila tibanya musim panas manakala apabila musim sejuk mereka perlu memasarkan alat pemanas ruangan. Lokalisasi yang digunakan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad ialah lokalisasi produk dan lokalisasi pengeluaran.Lokalisasi produk melibatkan aspek memasarkan produk mengikut sosiobudaya sesebuah negara dan kawasan. Contohnya, Syarikat Parkson mengetogorikan perniagaannya kepada tiga jenis iaitu gedung U Parksonbagi pelanggan yang bercita rasa mewah, gedung Parkson Grand disasarkan kepada pelanggan berpendapatan sederhana,
dan
gedung
Parkson
Ria
ditumpukan
kepada
pasaran
berpendapatan rendah. Lokalisasi pengeluaran pula ialah penggunaan bahan mentah yang terdapat di negara di tempat syarikat berkenaan beroperasi. Contohnya, Parkson di Indonesia menggunakan tenaga buruh yang terdapat di Indonesia. Lokalisasi yang dijalankan oleh Syarikat Parkson Holdings Berhad banyak memberikan kebaikan kepada syarikat antaranya Syarikat Parkson dapat memasarkan
barangan
mengikut
taraf
sosial
masyarakat
setempat,
memastikan kesepadanan antara produk dan cita rasa pengguna di sesebuah 12
negara supaya produk diterima oleh pengguna dan mejimatkan kos pengeluaran dengan menggunalan sumber tenaga tempatan. (sumber Laman web Parkson) 4.3 Pendekatan Strategik Parkson Holdings Berhad 4.3.1Analisis SWOT SWOT adalah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana keadaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang dalam sesebuah organisasi. Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOT adalah
satu proses
mengenalpasti
faktor
luaran
dan
faktor
dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi. 4.3.1
Kekuatan (Strengths) Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan
yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu sendiri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut. Antara kekutan syarikat Parkson yang dikenalpasti ialah yang pertama Pakson mempunyai lokasi yang strategik.Kebanyakan lokasi perniagaan Parkson adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar juga berhampiran dengan kawasan perumahan.Jadi, pelanggan mudah untuk berkunjung di gedung beli-belah Parkson. Selain itu, kebanyakan stor Parkson terletak di kawasan membeli-belah dengan sebahagian daripadanya merupakan penyewa yang tetap dan kukuh dalam kompleks seperti Poh Kong, King's Confectionery, Electronic Games, Vision Optical dan lain-lain.( sumber artikel Lion Group)
13
Seterusnya, Parkson memasarkan produk yang berkualiti tinggi dan berjenama antarabangsa.Parkson terkenal dengan menawarkan pelbagai barangan dagangan dan jenama yang berkualiti dengan harga yang berpatutan serta menepati cita rasa pengguna di gedung-gedung peruncitan Parkson dan mewujudkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap jenama “Parkson”. Parkson menawarkan pelbagai fesyen dan barangan berkaitan gaya hidup berjenama terkenal antarabangsa yang mempunyai kualiti yang tinggi. (sumber Laman web Parkson) Parkson Holdings Berhad juga mempunyai imej yang baik dari segi kewangan dan nama syarikat. Pihak pengurusan Parkson sentiasa mempunyai daya usaha dari segi meningkatkan taraf gedung beli belah supaya mencapai taraf gedung beli-belah lima bintang, untuk memberikan lebih keselesaan kepada pelangganya. Aktiviti dan promosi yang sering diadakan oleh pihak Syarikat Parkson Holdings Berhad meningkatkan lagi imej jenama “Parkson”. (sumber Laman web Parkson) Selain itu, kebanyakan pegawai Parkson mempunyai pengalaman lebih daripada 5 tahun bekerja dengan Parkson. Staf merupakan aset terpenting syarikat dimana operasi akan lebih mudah diuruskan oleh mereka. Staf tersebut sentiasa komited dan keadaan ini boleh mengelakkan berlakunya kesilapan besar dalam operasi.Syarikat juga melaburkan masa dan wang dalam melatih pekerja dan kekal dalam membentuk mereka. Oleh itu, staf yang berpengalaman mampu mengurangkan kos melatih pekerja. (sumber artikel Lion Group) 4.3.2
Kelemahan (Weakness) Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam
menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan
dalam
menguasai
pasaran,
sumber
serta
kepakaran.Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang
14
menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan. ( blog business)
Antara kelemahan Parkson yang dikenalpasti ialah Parkson perlu membelanjakan kos operasi yang tinggi. Apabila cawangan baru dibuka, syarikat akan mengeluarkan jutaan ringgit untuk membelanjakan kos pembinaannya. Selain itu, syarikat juga perlu membeli barang-barang niaga, peralatan dan kemudahan niaga, menyediakan gaji untuk pekerja dan membayar bil-bil. Oleh itu, Syarikat Parkson Holdings Berhad perlu membelanjaakan kos operasi yang tinggi. (sumber artikel Lion Group) Pesaing
persekitaran
perniagaan
juga
adalah
kelemahan
Parkson.Kini terdapat banyak perniagaan perhidmatan peruncitan yang wujud.Perkara ini berlaku di dalam dan luar negara.Contohnya di Malaysia wujudnya pesaing perniagaan Parkson seperti Jusco, The Store dan Tesco menyebabkan perniagaan Parkson sedikit sebanyak terjejas. Persekitaran ini akan mempengaruhi keuntungan dan pasaran syarikat dimana syarikat perlu mengenalpasti strategi untuk meningkatkan hasil atau keuntungan.(sumber Laman web academia.edu) Selain itu, Syarikat Parkson juga masih berdepan dengan masalah kadar lantik hentiyang tinggi terutamanya untuk tahap yang bukan eksekutif seperti pembantu jualan, juruwang dan penyelia walaupun Parkson mempunyai staf yang mahir. Perkara ini berlaku pada bahagian level stor Syarikat Parkson.Contohnya di Malaysia, kebanyakan mereka yang bekerja pada tahap bukan eksekutif adalah pelajar lepasan SPM, STPM dan Kolej yang ingin mengambil pengalaman bekerja. Oleh itu, apabila mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti mereka akan meletakkan jawatan mereka.Hal ini menyebabkan kadar lantik henti yang tinggi.(sumber Laman web academia.edu)
15
4.3.3
Peluang (Opportunities) Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan
untuk berkembang.Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran.Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di manfaatkan dalam perniagaan.Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru. (sumber blog business) Antara peluang Parkson yang dikenalpasti ialah kewujudan pembukaan banyak pusat beli belah yang baru memberi peluang kepada Parkson untuk meluaskan pasarannya.Hal ini dapat dijalankan dengan kerjasama pengurusan kompleks beli-belah.Contohnya, KL Festival City, pusat beli-belah baru yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur telah dibuka secara rasmi pada 9 Mac 2012.Majlis pelancaran ini menandakan pembabitan dan kerjasama Parkson Holdings Berhad ke dalam sektor pembangunan dan pengurusan pusat beli-belah dengan pihak KL Festival City. (sumber artikel Lion Group) Pengaruh kerajaan juga adalah peluang bagi syarikat Parkson untuk mengembangkan lagi perniagaannya.Pengaruh kerajaan ke atas sesebuah perusahaan ialah dari segi penggubalan dasar-dasar awam yang berkaitan dengan ekonomi dan perniagaan. Antara dasar awam yang berkaitan dengan perusahaan dan juga ekonomi ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Penswastaan, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Pembangunan Nasional,Model Ekonomi Baru, dan yang terkini Program Transformasi Ekonomi. Kesemua dasar-dasar ini mampu untuk mempengaruhi perusahaan dan perindustrian untuk mengembangkan perniagaan mereka ke luar Negara.Ini adalah satu peluang buat Parkson kerana dengan dorongan kerajaan melalui dasar-dasar kerajaan, Parkson dapat meluaskan pasarannya. (sumber Laman web academia.edu)
16
4.3.4
Ancaman (Threats) Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-
faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan organisasi.Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. (sumber blog business) Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko.Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul.Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan. Pesaing adalah ancaman kepada perniagaan Parkson.Dengan ekonomi negara yang lebih membangun sekarang, banyak pesaing Parkson baik dari dalam negara mahupun luar negara telah bertapak dengan pesatnya. Contohnya, di Malaysia seperti Tesco, Mydin, Jusco, Giant, E-Mart dan lain-lain turut menawarkan perkhidmatan yang sama seperti Parkson. Malahan barangan mereka lebih murah dan sentiasa ada jualan murah yang tidak mengira musim.Berbanding dengan Parkson produk
jualan
mereka
sememangnya
jauh
lebih
murah.Walau
bagaimanapun, Parkson mempunyai pelanggan tetap mereka yang tersendiri.Dengan itu, mereka hanya perlu memastikan pelanggan tetap mereka selesa untuk membeli-belah di gedung mereka. (sumber Laman web academia.edu)
4.4 Strategi Pemasaran Strategi pemasaran ialah sebuah proses yang dibuat untuk memasarkan produk dan juga peluang pertumbuhan pasaran dapat dikesan melalui empat pendekatan iaitu penebusan pasaran,pembangunan pasaran,pembangunan
17
produk dan pempelbagaian.Syarikat Parkson harus melakukan strategi pemasaran untuk memasarkan perniagaannya dan memastikan perkhidmatan yang ditawarkanmemuaskan hati pelanggan.
4.4.1
Penembusan Pasaran Penembusan Pasaran merupakan strategi pertumbuhan dimana syarikat meningkatkan syer pasaran bagi produk sedia ada dalam pasaran semasa tanpa mengubah produk.Untuk meningkatkan penembusan pasaran, perniagaan boleh menggunakan beberapa strategi dalam usaha untuk mengambil jualan daripada pesaing antaranya ialah melalui promosi dan menurunkan harga produk. (sumber laman web smallbusiness.chorn.com) Syarikat Parkson memaparkan iklan promosi seperti tawaran hebat mereka untuk memperkenalkan gedung Parksondan menggalakkan lagi pelanggan-pelanggan mereka, tidak kira pelanggan baru ataupun pelanggan tetap untuk kerap berbelanja di gedung beli belah mereka dengan menggunakan media elektronik dan media cetak.Selain itu, Parkson biasanya mengadakan promosi jualan murah pada pertengahan tahun ataupun hujung tahun, ataupun masa-masa perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan lain-lain perayaan yang dirayakan oleh masyarakat setempat. (sumber laman web Parkson) 18
Oleh itu, penembusan pasaran merupakan strategi pemasaran yang sesuai diamalkan oleh syarikat Parkson.Buktinya, Parkson telah mampumenembusi pasaran Asia, di mana kini syarikat pegangan pelaburan ini mempunyaicawangan di Taiwan, Hong Kong, Singapura dan juga yang bakal dibuka iaitu di Kemboja.Hal ini menunjukkan usaha gigih yang dilakukan oleh pengerusi organasasi ini sangatmemberansangkan kerana telah mampu menjadikan firma mereka yang dahulunya hanya diMalaysia tapi kini bakal menjejaki dunia bermula dengan kawasan serantaunya. (sumber laman web academia.edu) 4.4.2
Pembangunan Produk Pembangunan produk adalah strategi perniagaan di mana perniagaan yang cuba untuk mencari kumpulan baru pembeli sebagai pelanggan berpotensi bagi produk dan perkhidmatan yang sedia ada. Strategi ini juga bermaksud memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang sedia ada ke kawasan geografi yang baru. Di dalam era globalisasi, pembangunan pasaran memainkan peranan penting dan diminati ramai. Terdapat banyak cara yang mungkin menghampiri strategi pembangunan produk, termasuk pasaran geografi misalnya membuka cawangan di negara luar dansaluran pengagihan baru. (sumber laman web education-portal) Pada mulanya, Parkson mengembangkan perusahaan mereka di dalam negara ini sahaja. Tetapi, dengan menggunakan strategi pembangunan pasaran Parkson telah membuka cawangan mereka di luar negara .Contohnya, Parkson membuka gedungnya yang ke58 di Baoding, Wilayah Hebei, China pada 20 September 2013 selain di Vietnam, Indonesia, Sri Lanka dan Myanmar.Dengan adanya pembangunan pasaran, saluran pengagihan baru juga dapat diwujudkan.Parkson dapat mengagihkan produk pasarannya terus
19
kepada pengguna dengan pembukaan cawangan baru. (sumber laman web Parkson) Strategi pembanguanan produk ini sesuai dijalankan oleh syarikat Parkson.Selain dapat meluaskan cawangan jenama Parkson, Syarikat Parkson juga dapat menarik pengguna baru untuk membeli produk yang dipasarkannya.
5.0 PENUTUP Kesimpulannya, Parkson Holding Berhad merupakan syarikat yang terkenal dengan gedung beli-belah yang bertemakan kemewahan.Selain itu, Parkson sentisa mementingkan kualiti produk yang dipasarkannya untuk memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggan.Hal ini menjadikan Parkson sebagai gedung yang peling terkeuka di Asia.Syarikat Parkson Holdings Berhad mengamalkan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan.Perkhidmatan yang dijalankan oleh Parkson Holdings Berhad adalah perkhidmatan berasaskan peruncitan.Perniagaan utama Parkson ialah menawarkan item-item daripada barangan fesyen perhiasan rumah, produk elektrik, barangan sofline dan hardline. Disamping itu, Syarikat Parkson Holdings Berhad telah mengamalkan konsep antarabangsa seperti globalisasi, pasaran menimbul, dunia tanpa sempadan dan
20
lokalisasi yang efektif menyebabkan nama Parkson dikenali dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Pendekatan strategik yang diamalkan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad ialah analisis SWOT. Dengan menggunakan analisis SWOT, Syarikat Parkson dapat mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh syarikat dalam memasarkan produknya. Selain itu, strategi pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Parkson Holdings Berhad adalah melalui penembusan pasaran, dan pembangunan pasaran.Strategi ini membantu Parkson meluaskan pasaran dan menarik pelanggan baru untuk membelibelah di Parkson. Antara cadangan strategi yang boleh diamalkan oleh Parkson Holdings Berhad membuat potongan harga untuk produknya pada masa-masa tertentu dan meningkatkan promosi dan pengiklanan tentang perkhidmatan yang ditawarkan di Parkson sama ada di media massa mahupun media cetakan.Seterusnya, untuk Parkson terus berdiri lebih teguh di pasaran antabangsa ialah Parkson harus memasarkan produk yang menepati cita rasa tempatan dan menjaga kualiti dan imej Parkson.
Selain itu, pengkaji mencadangkan supaya syarikat Parkson Holdings Berhad mencipta kad keahlian sendiri.Pelanggan Parkson hanya menggunakan kad Bonuslink untuk mengumpul mata ganjaran supaya boleh ditukar kepada barangan dan vaucervaucer Parkson untuk membeli-belah di gedung itu lagi. Namun, kad bonuslink ini bukan sahaja digunakan di Parkson, akan tetapi turut dapat digunakan di tempattempat lain seperti kedai aksesori Cindy,Focus Point,Shell dan lain-lain tempat. Jadi dapat disimpulkan, mereka yang mempunyai kad Bonuslink tidak semestinya membeli-belah di Parkson untuk mendapatkan mata ganjaran. Justeru itu, sekiranya pihak Parkson ini mempunyai kad keahliannya yang tersendiri, sudah pasti keuntungan mereka mungkin akan menjadi berlipat kali ganda daripada yang biasa. Diharapkan semua cadangn yang dikemukakan oleh pengkaji dapat membantu Parkson mengembangkan perniagaannya.Selain itu, Parkson juga dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan sama ada yang lama mahupun yang baru untuk terus berbelanja 21
di Parkson. Pihak Parkson juga hendaklah pandai mencari peluang dalam pelbagai musibah ataupun cabaran dan ancaman yang mungkin dihadapi. Hal ini kerana, mereka harus bijak menangani masalah yang ada dengan menjadikan ia sebagai peluang yang terbaik untuk memajukan perusahaan mereka. Oleh itu, strategi-strategi pemasaran haruslah dijalankan dengan konsisten oleh Parkson Holdings Berhad supaya Parkson dapat menjadi sebuah perniagaan peruncitan yang unggul diperingkat antarabangsa.
22