MINIT CURAI DIALOG PRESTASI 1/2017 SEKOLAH KEBANGSAAN MUTON, DEBAK Tarikh Hari Masa Tempat
: 3 MAC 2017 : Jumaat : 09:00 pagi : Dewan Sehati Sejiwa, SK Muton Debak
Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan Guru Besar 2. Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 3. Ucapan Penolong Kokurikulum 4. Makluman daripada Cikgu Makdiline 5. Makluman daripada Cikgu Sharifah Haminah 6. Ceramah daripada Agro Bank 1.0 Ucapan Guru Besar 1.1 Encik Fadreen mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke program dialog prestasi yang pertama kali diadakan pada tahun 2017 ini. Beliau menekankan beberapa perkara penting didalam ucapan beliau iaitu: 1.1.1 3 perkara penting yang perlu diambil berat mengenai murid-murid disekolah iaitu sahsiah, kokurikulum dan akademik. 1.1.2 Peningkatan prestasi pada kedudukan sekolah tahun lepas iaitu mendapat kedudukan yang ke 18 daripada 47 buah sekolah. 1.1.3 Pendaftaran murid pra sekolah yang akan bersekolah pada tahun 2018 akan didaftarkan dengan menggunakan sistem online yang akan diisi oleh ibubapa sendiri. 1.1.4 Beliau meminta Cikgu Makdiline mewujudkan whatsapp pibg supaya mudah untuk berkomunikasi sesama sendiri dan cepat menerima maklumat dari pihak sekolah. Tindakan: Semua Ibu bapa dan Guru 2.0 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2.1 Puan Rajanah memberi fokus terhadap beberapa perkara iaitu: 2.1.1 Isu kehadiran murid ke sekolah kerana terdapat 4 orang murid yang sangat jarang datang ke sekolah dan dianggap poteng tegar kerana ia akan menjejaskan prestasi kehadiran untuk setiap kelas secara keseluruhan. 2.1.2 Seksyen 29A(1), 29A(2) mewajibkan ibu bapa menghantar anak ke sekolah jika anak-anak tidak dihantar ke sekolah ibu bapa boleh dituduh dibawah seksyen 29A(1) dan 29A(2) iaitu didendan RM5000 / 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali jika sanit kesalahan.
2.1.3
2.1.4 2.1.5 2.1.6 2.1.7
2.1.8
Kehadiran murid perlu diisi dalam data APDM dan tidak boleh dikosongkan kerana pihak JPN akan mengesan ketidakhadiran murid melalui maklumat tersebut. Ibu bapa hendaklah memberitahu dengan guru sekiranya anak mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Semua pelajar tahun 4,5 dan 6 diwajibkan untuk tinggal diasrama yang disediakan. Jika berlakunya kes seperti kes curi atau sebagainya, peti aduan murid disediakan di kawasan sekolah. Beliau meminta maaf atas masalah yang dihadapi mengenai pengisian maklumat KWAPM tahun 1 kerana maklumat tahun 1 hanya diterima 6 orang sahaja yang selebihnya sistem belum dapat mengesan maklumat yang diberikan. Murid-murid tahun 1,2 dan 3 diwajibkan untuk membawa berus gigi mereka sendiri ke sekolah. Tindakan : Semua Ibu bapa dan Guru
3.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum 3.1 Encik Mahmud menekankan kepentingan kokurikulum kepada murid kerana kokurikulum diperuntukan 10% penilaian wajib dalam UPSR. 3.2 Tahun ini kehadiran akan diisi secara online untuk ketiga-tiga bidang iaitu Unit Beruniform, Persatuan Kelab dan Permainan. Beliau juga memberitahu jika rekod kehadiran murid tersebut baik untuk sepanjang tahun, sekurang-kurangnya murid tersebut akan mendapat 50% markah untuk kokurikulum. Ini tidak termasuk markah yang pernah mewakili sekolah dan peringkat berikutnya. Semakin tinggi peringkat yang diwakili semakin besar tinggi markah yang diperolehi. 3.3 Selain itu beliau meminta murid yang menghadiri kokurikulum Unit Beruniform untuk menggunakan baju Unit Beruniform mereka dan meminta kerjasama ibu bapa untuk membelikan baju tersebut dengan menggunakan wang KWAPM yang diberikan. Tindakan: Semua Ibu bapa 4.0 Ceramah daripada Agro Bank 4.1 Pegawai Agro bank tersebut menekankan kepentingan menabung bagi murid-murid sekolah. Sekiranya amalan menabung sudah dipupuk dari sekolah rendah, wang simpanan akan berlipat kali ganda dan boleh digunakan untuk kemudian hari. 4.2 Bagi ibu bapa yang menerima KWAMP, akaun Agro bank hendaklah diaktifkan dan jika mereka ingin aktifkan akaun Agro bank boleh mendaftar dengan menyimpan sekurangkurangnya RM10.60 untuk membuka satu akaun yang baru. Dokumen yang diperlukan adalah Salinan surat beranak pemohon dan Salinan fotostat ic ibu bapa.
4.3 Beliau juga memberitahu ibu bapa boleh membayar lebih untuk perlindungan takaful semasa membuka akaun baru. Ini kerana perlindungan takaful tersebut memberi banyak manfaat dan sangat berguna untuk masa yang akan datang. 5.0 Hal-hal lain 5.1 Makluman daripada Cikgu Makdiline 5.1.1 Puan Makdiline memberitahu bahawa PIBG akan mewujudkan Whatsapp PIBG untuk menyampaikan semua maklumat berhubung dengan perkembangan disekolah. 5.1.2 Beliau juga memberitahu sistem terbaru ini wujud adalah untuk mendidik ibu bapa untuk menjadi lebih bertanggungjawab ke atas prestasi anak-anak mereka sendiri dengan sentiasa peka dengan aktiviti sekolah. Tindakan: Ibu bapa Pra Sekolah 5.2 Makluman daripada Cikgu Sharifah Haminah 5.2.1 Puan Sharifah menekankan perkara ini kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang terlibat dalam program LINUS 2.0. Beliau meminta kerjasama kepada ibu bapa untuk membayar RM5 kepada beliau untuk membeli buku latihan tambahan LINUS. 5.2.2 Selain dari itu, beliau juga memberitahu bahawa surat mengenai pemberitahuan jadual kelas intervensi LINUS kepada ibu bapa. Oleh itu beliau meminta kerjasama ibu bapa supaya peka dengan masa kelas intervensi tersebut dan mengambil atau menghantar mereka mengikut jadual yang disediakan kerana kelas intervensi akan diadakan sebelum dan selepas kelas perdana. Tindakan: Ibu bapa Murid LINUS 6.0 Penutup 6.1 Encik Fadreen selaku Guru Besar merumuskan dengan meminta kerjasama Ibu bapa untuk sama-sama meningkatkan prestasi anak-anak mereka dengan mengambil berat kehadiran semasa sekolah, aktiviti kokurikulum dan tinggal di asrama. Beliau juga meminta Ibu bapa kepada murid LINUS turut sama membantu dengan memberi kerjasama semasa mengambil dan menghantar ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
Disediakan oleh :
Disahkan oleh :
…………………………….……………………. AN NISAA BINTI YUSOP Setiausaha Dialog Prestasi, SK Muton, Debak
………………………………………… FADREEN JINGAN AK BERIAK Guru Besar, SK Muton, Debak