Seumur hidup rasanya belum pernah lagi saya menggoreng kue teow. Malahan kue teow ni adalah makanan yang baru dalam hidup saya. Saya mula mengenali kue teow apabila boyfriend saya semasa di universiti yang handsome, hidung mancung dan tinggi lampai macam Roy Marten tu, sering memesan kue teow setiap kali kami keluar makan bersama. Si dia yang membuatkan saya jatuh cinta pada pandangan pertama. Cinta separuh mati. Macam lagu di bawah ni.... Siapa Pada Apakah Dengan Yang Ohh
pernah jatuh pandangan yang memang ku punya kini ku alami kini aku bertanya
cinta, pertama, sama, cinta, sendiri. tanya,
Siapa pernah jatuh cinta, Makan minum tak sudi, Tidur pun apa lagi, Suka dan duka silih berganti, Hari pun terlalu cepat berganti lagi, Tak terasa tambah umur ku kini, Siang malam kau selalu ku nanti nanti, Rindu ku rasa tak tertahan lagi. Hmm... siapa lagi boy friend yang selalu buat jiwa saya kacau kalau bukan my laling hubby yang juga my super senior semasa di kolej. Saja bagi suspen sekejap. hahaha itu citer selingan jer.
Bayangkan berapa umur saya ketika mengenali kue teow tu. Jakun sikit kan? Al maklumlah saya budak kampung yang hanya reti makan mee goreng kampung yang bodo tu. Alaa mee yang digoreng hanya dengan
kangkung, tak ada diletakkan apa apa pun selain sayur kangkung. Tapi sedap sangat sangat sehingga sekarang, saya masih mencari mee yang dijual di pasar Jelawat tu setiap kali balik kampung. Saya terfikir nak membuat kue teow goreng selepas Juita beberapa kali meminta saya membuatnya kerana selama ini saya hanya pandai membuat mee goreng sahaja. Saya suka kue teow goreng agak agak kering ala ala chinese style berbanding dengan char kue teow yang basah berkuah tu. Sedap jika dapat dimakan dengan cili hijau jeruk, atau kalau tak ada, cili hijau yang dihiris pun, bolehlah juga. Saya cuma hiris cili padi dan diletakkan kicap cair.
Sekembali dari Langkawi petang semalam, saya terpandang blog rakan rakan yang menayangkan entri kue teow goreng, itu lah yang terus berlakunya kejadian
kue teow goreng. Resepi ini yang saya ubahsuai dari beberapa resepi dan juga dari cara cara saya memasak mee goreng selama ini. Saya tak letak taugeh kerana anak anak tak suka taugeh dan saya sendiripun kurang menyukainya juga. Tapi sayur kucai memang tak boleh ditinggalkan kerana kemanisan daun kucai yang menjadikan kue teow sangat sedap. Apa apa pun, kue teow saya hari ini sangat sedap. Jangan tak tahu pulak, lepas memasak dan makan, tibalah pulak sessi memuji diri sendiri. Saya memang agak susah untuk merasai kue teow yang sedap kerana saya tak gemarkan kue teow. Tapi hari ini saya rasa sangat friendly pada tekak saya sehingga saya menambah berkali kali. Puashati sangat dengan percubaan pertama ini. Practice makes perfect. Di lain kali, pasti akan lebih sedap. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...
Kue Oleh: Azie
Teow
Goreng Kitchen
Bahan bahan: 2 peket kuey teow - dilerai-lerai 200 gram udang - buang kulit 200 gram isi kerang 2 keping fish cake - hiris nipis 2 ikat kucai 100 gram taugeh (tak letak) 4 biji Bahan tumbuk: 5 ulas bawang putih 4 biji bawang merah 2 sb Bahan Sos:
telur
cili
kisar
4 sb sos tiram 4 sb kicap manis 4 sb kicap cair 2 sb sos Ikan Sedikit Sedikit
minyak soya
bijan sos
Cara cara: Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak. Masukkan udang dan dikacau sampai udang masak. Masukkan semua bahan sos dan gaul rata. Masukkan kue teow diikuti dengan kucai dan taugeh dan kacau lagi. Ketepi sedikit kue teow dan masukkan telur. Dikacau kacau sehingga agak mengeras, digaul rata dengan kue teow. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Nota: Masak dengan api besar dengan cepat supaya kue teow, tidak menjadi hancur.