PERANCIS SUMBANGAN TOKOH KETIKA PERKEMBANGAN ILMU DI PERANCIS
3 TOKOH
CHARLES LOUIS MONTESQUIEU (1689-1755)
JEAN-JACQUES
ROUSSEAU
(1712-1778)
ADAM SMITH (1723-1790)
CHARLES LOUIS MONTESQUIEU (1689-1755)
Seorang aristokrat, seigneur @ Lord Manor di selatan Perancis. “The Spirit of the laws” (penulisannya yg termasyhur) yg dterbitkan pd tahun 1748, beliau telah memajukan 2 idea utama. Idea pertama, membentuk kerajaan yg berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan. Contohnya, pemerintahan mutlak sesuai untuk empayar yang besar, manakala demokrasi hanya berfungsi dalam negara kota kecil. Doktrinnya yg tkenal ialah doktrin pembahagian dan imbangan kuasa. Telah dikemukakan ketika menentang pemerintahan mutlak Perancis. Beliau percaya kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan-badan perantaraan spt parlimen, estet-estet provinsi, golongan bangsawan, bandar dan gereja. Pdpt beliau, harus ada pemisahan antara pembentuk udg2, perundangan, pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat @ kabinet & kehakiman. Ketiga-tiga badan ini mjlnkan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan. Doktrinnya mempunyai pengaruh dlm penggubalan Perlembagaan A.S pd tahun 1787.
1
JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1712-1778)
Tokoh yang mempunyai falsafah yang berbeza. Di lahirkan di Geneva pada tahun 1712. Keturunan Swiss, Protestan dari kelas bawahan. Menjadi penulis ketika berusia 40 tahun. Penulis paling berpengaruh pada zaman berkenaan. Terkenal dengan penerbitan risalah politik berjudul “Kontrak Sosial”. Pendapat beliau : semua kerajaan menjalankan kuasa mereka berdasarkan perjanjian yang dibuat sesame manusia dan boleh ditukar bila-bila masa. Melalui “kontrak sosial”(1762), beliau menegaskan bahawa negara berada dalam keadaan paling kejam tanpa undang-undang dan moraliti. Beliau berhujah bahawa sikap buruk manusia disebabkan oleh keburukan masyarakat. Orang yang baik hanya boleh dihasilkan oleh masyarakat yang diperbaik. Beliau melihatnya sebagai satu perjanjian dalam kalangan rakyat sendiri. Beliau menjanjung tinggi hukum alam manusia. Baginya, segala perkara di dunia ini sebaik-baiknya harus berlangsung tanpa paksaan. Dalam novel “Emile” yg diterbitkan pd 1762, beliau mengusulkan satu jenis pendidikan baru. Menurutnya kanak-kanak harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing & tidak dipaksa menghadapi pelajaran yg mereka tidak gemari.
ADAM SMITH (1723-1790)
Pelopor idea perdagangan bebas melalui bukunya, iaitu “The Wealth of Nations”. Melalui buku ini, beliau memajukan kes yg komprehensif untuk kebebasan perdagangan berasaskan kritikannya terhadap sistem merkantilisme. Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa pengertian “biarkan keadaan seperti sedia ada”. Laissez-faire berasal daripada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu olh kerajaan. Doktrin laissez-faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy. Ideanya mempengaruhi Ricardo dan Thomas Malthus. Ketiga-tiga tokoh berpendapat, kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi & sebaliknya membiarkan ia berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap & memaksimumkn kebajikan umum. Doktrin Laissez-faire yang digalakkan selepas revolusi perindustrian meminta negara menjadi penonton & membiarkan ekonomi kepada kuasa permintaan & penawaran. Antara kritikan yang dimajukan oleh beliau terhadap dasar merkantilisme ialah tindakan kerajaan mengawal koloni. 2
Menurut beliau, koloni hanya berkembang pesat jika diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk daripada segi kewangan. Kritikan juga ditujukan kepada monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI). Hujah Smith adalah berasaskan teori faedah mutlak. Teori ini menegaskan adlh tidak praktikal bagi sesebuah ngra menghasilkn sesuatu brgn @ komoditi apabila ia boleh didapati dgn murah di tempat lain. Oleh itu, adalah lebih berfaedah bagi sesebuah negara membuat pengkhususan dalam pengeluaran barangan yang mempunyai faedah mutlak. Faedah mutlak bermaksud sebagai suatu situasi dimana sebuah negara dengan suatu jumlah punca pengeluaran yang tertentu boleh mengeluarkan jumlah barangan yang lebih daripada negara lain yang juga menggunakan punca pengeluaran yang sama. Adalakanya faedah mutlak juga boleh disebabkan oleh faktor iklim dan struktur tanah. Beliau menganggap perdagangan akan meluaskan pasaran dan pembahagian kerja. Ini membolehkan hasil lebihan dipasarkan keluar negara. Hujah beliau juga membawa erti pengkhususan antarabangsa tidak dapat dielakkan & menjadi sebahagian daripada proses kemajuan. Menurut beliau, perdagangan bebas akan menambahkan pendapatan, mengurangkan kos pengeluaran & membolehkan modal mengalir ke sektor produktif. Perkembangan ini meningkatkan permintaan tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas Manchester dipasarkan ke India menjelang awal abad ke 19. Selain faedah mutlak perbincangan Smith juga menyentuh dengan nilai dan pengelasan dalam masyarakat. Nilai bagi beliau ialah kuasa untuk membeli barangan lain. Beliau berpendapat nilai sesuatu barangan boleh diketahui daripada jumlah tenaga buruh yang digunakan. Pengelasan masyarakat pula dibahagikan kpd 3 : mereka yg hidup dgn memperoleh sewa upah untung
3