PROSA TRADITIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
SINOPSIS Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan Melaka yang tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka. Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi surat sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telah datang membawa bersama-sama dengan anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata. Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut. Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta Seri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang Kelang yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperang dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin di Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai bentara di Melaka. Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap kerana ada seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya dianiayai oleh Tun Perak. Setelah disoal siasat, Tun Perak menyatakan bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas dan tanggungjawab diamanahkan oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja. Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang anak perempuan yang bernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah isterinya itu mangkat barulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tun Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana.
Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka Raja dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua orang besar ini tidak dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh Sultan Muzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika pembesarnya saling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan mencai jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara Diraja sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepada Paduka Raja. Justeru, hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari. Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka. Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umar yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu Siam telah dikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan hasrat menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja menggunakan strategi memasangkan puntung api pada pokok-pokok di sepanjang pantai seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawa untuk mempertahankan Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam berundur, Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang mulia. Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam. Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang setimpalnya. Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.
TEMA
Tema prosa ini ialah kebijaksaan dalam menyelesaikan kemelut atau masalah yang dihadapi. • Tun Perak bersikap bijaksana apabila memerintahkan semua lelaki dari Kelang berhimpun di Melaka dengan membawa isteri dan anak-anak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan orang lelaki Kelang tersebut berperang dengan sungguh-sungguh kerana mereka bukan sahaja berperang untuk melindungi sultan tetapi juga untuk melindungi isteri dan anak-anak mereka.
PERSOALAN 1. Persoalan kebijaksaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk meyelesaikan kemelut atau masalah •. Contohnya, Sultan Muzaffar Shah merupakan seorang yang bijaksana kerana baginda telah berjaya mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja melalui perkahwinan antari Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja. 2. Persoalan perpecahan dalam kalangan pembesar akan membahayakan kedaulatan dan keharmonian negara. •. Contohnya, perbalahan antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja telah menyebabkan orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan.
3. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan. • Contohnya, Tuan Sidi Arab yang memiliki ilmu dan berada di Melaka telah membunuh Cau Pandan yang berada di Siam dengan menghalakan anak panahnya sahaja. 4. Persoalan keberanian dalam menghadapi cabaran • Contohnya, Tun Perak berani menghadapi cabaran apabila didakwa telah menganiaya orang. Dengan keberaniannya menangani konflik tersebut, Sultan Muzaffar Shah telah melantik beliau sebagai Perdana Menteri. 5. Persoalan taat setia kepada pemimpin dapat menjaminkan kesejahteraan dan keharmonian negara • Contohnya, semua rakyat dan pembesar memberikan taat setia kepada Sultan Melaka. Berkat kesetiaan itu, Melaka Berjaya mengalahkan musuh, iaitu Siam.
WATAK DAN PERWATAKAN Tun Perak • Anak Seri Wak Raja • Penghulu di Kelang. • Perdana Mentri di Melaka. • Bendahara Paduka Raja di Melaka. • Seorang yang baik hati. - Tun Perak menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan oleh Sultan Muzafffar Syah.
• Seorang yang bijaksana. - Tun Perak bijak mengatur strtegi untuk menghadapi angkatan Siam yang menyerang Melaka.
• Seorang yang berani. - Tun Perak memimpin orang Melaka untuk mengalahkan tentera Siam yang datang menyerang Melaka.
Sultan Muzaffar Syah • Pemerintah Melaka selama 42 tahun. • Pernah berkahwin dengan Tun Kudu. • Seorang yang adil. - Sultan Muzaffar Syah mendengar penjelasan Tun Perak apabila ada orang Kelang yang membuat aduan.
• Seorang yang bijaksana. - Sultan Muzaffar Syah telah mendamaikan pembesar yang bersengketa agar Melaka kembali aman. Seorang yang bertimbang rasa. - Sultan Muzaffar Syah memberi peluang kepada Tuan Sidi Arab mencuba panahan keramatnya kepada Cau Pandan.
Seri Amerta • Bentara Melaka • Seorang yang taat akan pemerintah. - Seri Merta melaksanakan titah sultan agar bertanya kepada Tun Perak perihal aduan orang Kelang.
Seri Nara Diraja • Bendahara Melaka. • Penghulu Bendahari Melaka. • Berkahwin dengan Tun KUdu. • Seorang yang rasional. - Seri Nara Diraja bertindak menyerahkan jawatannya sebagai bendahara kepada Tun Perak setelah berkahwin dengan Tun Kudu dengan alasan telah tua untuk mendamaikan kedua-dua pihak.
• Tun Umar • Anak Seri Bija DIiraja. • Seorang yang berani. -Tun Umar melanggar beberapa perahu Siam yang ingin menyerang Melaka.
• Seorang yang taat akan pemerintah. - Tun Umar akur dengan arahan Tun Perak yang mengarahnya menyuluh perahu Siam.
Tuan Sidi Arab • Bangsa Arab. • Suka bermain panah lasykar. • Mempunyai kesaktian dalam memanah. • Seorang yang bijaksana. - Tuan Sidi Arab bijak bermain panah.
• Seorang yang berkeyakinan tinggi. - Tuan Sidi Arab yakin akan panahnya terkena Cau Pandan.
LATAR
LATAR TEMPAT a. Melaka - Tempat istana pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. b. Hulu Muar - Askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka. c. Batu Pahat - Askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah pimpinan Awi Dicu. d. Kelang - Tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
LATAR MASA 1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. - Peristiwa dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. 2. Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. - Semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, tentera Siam berusaha untuk menyerang Melaka namun gagal. 3. Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka. - Bendahara Paduka Raja memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu tentera Siam yang ingin menyerang Melaka.
LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang taat akan pemerintahn - Pembesar dan rakyat Melaka taat titah perintah baginda sultan.
2.
Masyarakat yang bersatu
- Penduduk Melaka bersatu tenaga mempertahankan Melaka daripada serangan Siam.
3.
Masyarakat yang bijaksana
- Tun Perak bijak mengatur strategi dalam menghadapi angkatan perang Siam.
4.
Masyarakat yang berani
- Tun Umar berani menghendap dan menyerang beberapa buah perahu Siam.
5.
Masyarakat yang berilmu - Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu tentang kemahiran memanah.
PLOT
1. Peristiwa –peristiwa dalam cerita ini dijalinkan secara kronologi.
BINAAN PLOT 2. Pengenalan- Raja Siam memerintahkan Melaka agar menghantar surat sembah. Namun demikian, Sultan Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu, Raja Siam, iaitu Raja Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri untuk menyerang Melaka. Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera Siam. Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersamasama dengan isteri dan anak masing-masing. Akhirnya, Siam Berjaya dikalahkan di Muar. 3. Perkembangan- Tun Perak diperintahkan oleh Sultan Melaka untuk menetap di Melaka dan dijadikan baginda sebagai bentara. Kebijaksanaan Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah mendorong Sultan Muazaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. 4. Perumitan- Seri Nara Diraha dan Paduka Raja tidak sefahaman. Orang Melayu terbahagi ke[ada dua kumpulan, iaitu sebahagiannya menjadi pengikut Seri Nara Diraja dan sebahagian yang lagi menjadi pengikut Paduka Raja. Sultan Muzaffar Syah berasa bimbang sekiranya perbalahan antara pembesar itu akan memudaratkan negeri Melaka. Oleh hal yang demikian, Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri
5.Puncak/Klimaks- Siam menghantar tenteranya di bawah pimpinan Awi Dicu untuk menyerang Melaka. Sultan Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduja Raja yang mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu apiapi dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah anggap dan kembali semula ke Siam kerana ketakutan. Selepas itu, anakanda Raja Siam, iaitu Cau Pandam meminta dia diperlengkapkan untuk menyerang Melaka. Berita Siam ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja Melaka. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu telah membantu Melaka dengan menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandam dari jauh. Cau Pandam berasa dadanya seperti dipanah lalu muntah darah dan mati. Kematian Cau Pandam menggembirakan hati Sultan Muzaffar Syah. 6. Peleraian- Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah Melaka selama 42 tahun. Takhta Melaka digantikan oleh Raja Abdullah, iaitu anakanda Sultan Muzaffar Syah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.
TEKNIK PLOT
1.Teknik pemerian (a) Pengarang memerihalkan perwatakan Sseri Amerta. Sebagai contohnya:- Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia cantik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri Amerta. (hlm.27) (b) Pengarang memerihalkan peristiwa semasa orang Siam dating untuk berperang dengan orang Melaka yang akhirnya berpihak kepada negeri Melaka. Sebagai contohnya:- Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam oun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. (hlm 29)
2. Teknik dialog a. Dialog antara Sultan Muzaffar Shah dengan Seri Nara Diraja •. Contohnya: Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” Maka sembahnya, “ Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah tuanku.” Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?” Maka sembahnya, “ Mohon patik tuanku.” (hlm.31)
3. Teknik monolog dalaman (a) Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman ketika baginda mendengar penjelasan daripada Tun Perak. Contohnya: Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.” (hlm.30)
GAYA BAHASA
1. Kata ganda - kecil-kecil (mls36)
2. Bahasa Arab - fiil (mls29) , Allah (37)
3. Sinkope - ku (), mu (), tak ()
4. Simile - seperti dewal orang berzikir (mls33) - dadahnya seperti kena panah (mls37)
5. Bahasa klasik - syahadan (mls29), hatta (mls30)
6. Bahasa istana - titah (mls29), mangkat (mls38)
7. Lagu Cau Pandan anak Bubunnya, Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung si air mata. (mls37)
NILAI
1. Nilai keberanian 2. Nilai keadilan 3. Nilai bertanggungjawab 4. Nilai rasional
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani menentang musuh atas prinsip kebenaran. 2. Kita hendaklah menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. 3. Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. 4. Kita sewajarnya bertindak rasional apabila menghadapi masalah.
SEKIAN TERIMA KASIH!!