1.2 STRUKTUR DAN FUNGSI TISU MAAP1114 14 JULAI 2009
MAIZATUL NEZA BINTI JUNUS KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN
OBJEKTIF Diakhir syarahan, pelatih akan dapat: PEMBELAJARAN 1. Menyatakan definisi tisu 2. Menyenaraikan jenis-jenis tisu dalam badan 3. 4. 5. 6. 7.
manusia Menjelaskan topografi struktur-struktur tisu Menerangkan ciri-ciri am setiap jenis tisu Mengenalpasti komponen struktur yang terdapat dalam setiap jenis tisu Membezakan antara satu tisu dengan tisu yang lain Menerangkan fungsi-fungsi tisu
TISU
Definisi: Sekumpulan sel yang sama jenis dan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk satu unit struktur dan fungsi
Contoh: Sel epitelium skuamus membentuk tisu pipi
JENIS-JENIS TISU
Terdapat 4 jenis tisu utama: 1. Tisu Epitelium 2. Tisu Perantara 3. Tisu Otot 4. Tisu Saraf
TISU EPITELIUM
Ciri-ciri tisu epitelium: Melapisi permukaan badan dari dalam
dan luar Mengawal dan melindungi tubuh Sel-sel tersusun amat rapat dan padat Kurang jumlah salur darah
Terbahagi kepada 2 jenis: Epitelium ringkas Epitelium berstrata/kompaun
TISU EPITELIUM RINGKAS Jenis-jenis epitelium ringkas: 1. Epitelium skuamus 2. Epitelium kuboid 3. Epitelium kolumnar 4. Epitelium kolumnar
bersilia
EPITELIUM SKUAMUS Nipis,
leper, licin & permukaan bebasnya rata Lokasi: jantung, alveoli, kapsul Bowman, kapilari darah, salur limfa, lapisan peritoneum Fungsi: Penyerapan, pertukaran bahan-bahan dan pengawalan rembesan
EPITELIUM KUBOID
Tersusun rapat diatas membran Bentuk: segiempat sama Nukleus bulat Lokasi: tubul ginjal, salur-salur kelenjar Fungsi: Penyerapan & perembesan
EPITELIUM KOLUMNAR
Bentuk: segiempat tepat
Permukaan bermikrovilussalur pencernaan Ada sel goblet (jika di salur pencernaan & pernafasan)
Lokasi: permukaan salur pencernaan, salur pernafasan,kelenjar air liur, kelenjar mamari, kelenjar tiroid
EPITELIUM KOLUMNAR Fungsi: 1. 2.
3.
Melapisi &melindungi tisu Merembes mukus (melindungi gaster dari dirosakkan oleh asid& enzim pencernaan) Menyerap hasil pencernaan
EPITELIUM KOLUMNAR BERSILIA
Bentuk: segiempat tepat
Permukaan:bersilia Lokasi: salur pernafasan Fungsinya : Menahan debu kuman masuk ke saluran pernafasan Menyapu keluar debu,mukus daripada salur pernafasan ke farinks
1.
2.
EPITELIUM BERSTRATA
Ciri-Ciri am: Sel berlapis lapis Tidak mempunyai dasar membran 2 jenis: Epitelium berstrata: skuamus, kuboid dan kolumnar Epitelium transitional
EPITELIUM SKUAMUS BERSTRATA
Terdiri dari beberapa lapisan sel skuamus Terbahagi kepada: berkeratin & tidak berkeratin Fungsi: Perlindungan
EPITELIUM SKUAMUS BERSTRATA BERKERATIN
Terdapat dipermukaan kering Lokasi: kulit, rambut &kuku Permukaan luar: terdiri dari sel-sel epitelium mati mengandungi protein keratin hasilkan lapisan kalis air
EPITELIUM SKUAMUS BERSTRATA TIDAK BERKERATIN
Terdapat di permukaan basah
Lokasi: konjuktiva, lapisan mulut, farink, esofagus dan vagina
EPITELIUM KUBOID DAN KOLUMNAR BERSTRATA
Terdiri dari 2 lapisan sel kuboid Fungsi - regangan
Beberapa lapisan sel kolumnar Nukleus oval Fungsi – rembesan & perlindungan
EPITELIUM KOLUMNAR BERLAPIS PALSU (PSEUDOSTRATIFIED)
Satu lapisan epitelium kolumnar tetapi kelihatan seperti berlapis Mengandungi sel goblet & mempunyai silia
EPITELIUM TRANSITIONAL / PERALIHAN
Lapisan sel berbentuk buah pear Lokasi: ureter & pundi kencing Fungsi: apabila pundi kencing dipenuhi urin, lapisan sel di
dinding diregangkan sehingga menjadi satu lapisan sel melindungi & menghalang kemasukan air kencing ke dalam tisu di bawahnya
FUNGSI EPITELIUM TRANSITIONAL / PERALIHAN
FUNGSI TISU EPITELIUM
Penyerapan – lapisan dalam atau mukosa Perembesan –kelenjar Pengangkutan –tubul ginjal Ekskresi – kelenjar-kelenjar perkumuhan Perlindungan –kulit menyelaputi badan, melindungi organ-organ dalaman dari cedera & serangan mikroorganisma Sensori –sistem saraf & deria di dalam tubuh
SOALAN….
Senaraikan jenis-jenis tisu epitelium
Berikan perbezaan antara jenis-jenis sel tersebut
TISU PERANTARA
Ciri-ciri: Sel berjauhan antara satu sama lain Diantara sel ada bahan interselular Tidak berserat Sel-sel yang membentuk tisu perantara: Fibroblas Makrofaj Sel plasma Sel mast Sel lemak
SEL-SEL TISU PERANTARA Fibroblas
Lokasi: tisu hati & tisu limfoid Fungsi : Menghasilkan kalogen, fiber elastik & matriks bahan ekstrasel, membaiki tisu untuk mengikat luka atau membentuk tisu granulasi Makrofaj Fungsi utama : sel fagosit Sel lemak Lokasi: tisu subkutan di bawah kulit
SEL-SEL TISU PERANTARA
Sel plasma Fungsi: sintesis & sekresi antibodi ke dalam darah (kehadiran mikrob /benda asing) Sel mast Lokasi: sekeliling salur darah Fungsi: penghasilan heparin, serotonin & histamin (sel-sel tercedera)
JENIS-JENIS TISU PERANTARA
Tisu Adipos Tisu Areolar Tisu Perantara Padat:
1. 2. 3. • •
4. 5. 6. 7.
Tisu Berfiber Tisu Elastik Kuning
Tisu Limfoid Tisu Rawan Tisu Darah Tisu Tulang
TISU ADIPOS
Sel adiposit (sel lemak) & globul lemak di dalam matrik tisu areolar Terdapat 2 jenis: tisu adipos putih & tisu adipos coklat Lokasi: diantara serat otot, di bawah kulit, di keliling ginjal, jantung, mata Fungsi : memberi sokongan dan perlindungan kepada organ-organ penting mengawal kehilangan haba tubuh tempat simpanan lemak
TISU AREOLAR Paling banyak Matriks separa pepejal mengandungi banyak fibroblast & sel lemak, sel mast & makrofaj, dipisahkan oleh fiber elastik & kolagen Lokasi: bawah kulit, diantara otot otot, dalam salur alimentari, kelenjar-kelenjar, salur darah & saraf Fungsi:
Memberi kekuatan regangan &
elastik Menyokong salur darah & saraf Di kelenjar-menyokong sel rembesan
TISU PERANTARA PADAT: TISU BERFIBER
Terdiri dari serat kolagen yang padat & sedikit matriks Terdapat fibrosit diantara serat kolagen Lokasi: tulang, ginjal, nodus limfa, otak Fungsi: Membentuk ligamen-mengikat tulang Lapisan perlindungan luar organ Contoh:tulangperiosteum Membentuk lapisan perlindungan otot
TISU PERANTARA PADAT: TISU ELASTIK KUNING
Boleh mengendur & mengecut Sedikit sel & matriks terdiri dari fiber elastik Lokasi: dinding salur darah, trakea, bronkus & paru paru Fungsi: membenarkan pertukaran bentuk/saiz
TISU LIMFOID Atau tisu retikular Matriks separa pepejal, cabangan fiber retikular,mengandungi sel retikular & leukosit Lokasi: nodus limfa & organorgan di dalam sistem limfatik Fungsi: sistem pertahanan tubuh memusnahkan bahan asing / mikroorganisma
TISU RAWAN
Matriks keras tetapi fleksibel Protein dalam matrikskondrion Sel rawan sel kondrosit (terletak dalam lakuna) Tiada salur darah Salur darah di perikondrium Terdiri dari 3 jenis: Rawan hialin Rawan elastik Rawan berserat
RAWAN HIALIN
Mempunyai fiber kolagen (halus, putih, bersinar dan jernih) Warna: putih kebiruan Fleksibel & sedikit elastik Lokasi: Hujung tulang panjang, hubungkan tulang rusuk dan sternum, menutupi hujung sendi, membentuk sebahagian larink, trakea & hidung
RAWAN HIALIN
RAWAN ELASTIK Mempunyai fiber elastik Warna: kekuningan Lebih elastik berbanding rawan lain (boleh berubah bentuk & kembali ke bentuk asal) Lokasi: cuping telinga, epiglotis & telinga dalam (tiub auditori)
RAWAN ELASTIK
RAWAN BERSERAT
Mempunyai banyak fiber kolagen yang kuat Mempunyai ketahanan terhadap kemampatan Bertindak sebagai penyerap tekanan & mempunyai rintangan terhadap kuasa penarikan Lokasi: diska vertebra, sendi lutut dan simfisis pubis
RAWAN BERSERAT
REFLEKSI..
Namakan sel-sel tisu perantara.
Apakah fungsi tisu adipos?
Nyatakan 3 jenis rawan.
TISU DARAH
Terdiri dari: Plasma Sel darah merah Sel darah putih Platlet
Fungsi: mengangkut oksigen & karbon dioksida, regulasi suhu, pH dan air sel, perlindungan dari kehilangan darah dan pertahanan badan
TISU TULANG
Tisu perantara paling keras Terdiri dari, air (25%), bahan organik(30%), garam tak organik (45%) Sel-sel tulang osteosit tersusun secara bulatan dikenali sebagai lamella 2 jenis tisu tulang:
Tulang padat Tulang kanselous
TISU TULANG
Fungsi: Membentuk rangka tubuh Memberi perlindungan kepada
organ-organ Pergerakan-tindakan otot-otot terkawal yang melekat pada tulang Penghasilan sel-sel darah di sumsum tulang
TISU OTOT
Ciri-ciri: Boleh berkontraksi Boleh berubah bentuk (memendek & menebal) 3 jenis utama: Otot rangka / skeletal (Voluntari) Otot licin / viseral (Tak Voluntari) Otot kardiak (Tak Voluntari)
OTOT RANGKA
CIRI-CIRI Panjang, berbentuk silinder, gentian berjalur, nukleus yang banyak di periferal LOKASI
Terlekat pada tulang melalui tendon (otot rangka kaki, tangan dan kepala)
FUNGSI
Voluntary control Contoh: gerakan tulang bersendi, mengekalkan postur tubuh dan penghasilan haba
OTOT KARDIAK CIRI-CIRI Gentian bercabang 1 atau 2 dan berjalur, nukleus di tengah, cakera interkalated (tebal & hitam berbanding dengan garis lintang biasa) LOKASI FUNGSI
Dinding jantung Involuntary control : pengecutan dan pengenduran otot jantung Contoh: mengepam darah ke seluruh anggota badan
OTOT KARDIAK
OTOT LICIN CIRICIRI
Berbentuk spindle, gentian tidak berjalur dengan 1 nukleus di tengah
LOKAS Dinding struktur dalaman yang I berongga seperti salur darah, salur limfa, trek alimentari, trek respiratori, pundi kencing dan uterus FUNGS Involuntary control: pergerakan I (peritalsis) makanan sepanjang trek alimentari dan mengawal diameter arteri Contoh: pengecutan salur
TISU SARAF
Sel dikenali sebagai sel saraf atau neuron Struktur sel mempunyai: Badan sel Dendrit Akson Sarung mielin
TISU SARAF
Terdiri daripada 2 jenis sel : Sel saraf / Neuron Sel aksesori / neuroglia
Lokasi: didalam organ sistem saraf pusat Fungsi : gerak balas terhadap rangsangan dan menghantar impuls melalui fiber-fiber neuron
MEMBRAN
Lapisan tisu yang membentuk pelindung atau melapisi struktur dalaman atau kaviti Contoh: Mukosa ○ Serosa ○ Sinovial ○
KELENJAR
Kumpulan tisu epitelium yang membentuk kelenjar dan menghasilkan bahan rembesan seperti hormon 2 jenis kelenjar: Endokrin ○ Eksokrin ○
RINGKASAN JENIS-JENIS TISU Tisu Jenis Epitelium Epitelium skuamus, Epitelium kuboid, Epitelium kolumnar, Epitelium kolumnar bersilia Saraf Otot Perantar a
Neuron, Neuroglia Rangka, Kardiak, Licin Tisu Adipos, Tisu Areolar, Tisu Perantara Padat:(Tisu Berfiber, Tisu Elastik Kuning),Tisu Limfoid, Tisu Rawan, Tisu Darah
IMBAS KEMBALI..
Namakan 3 jenis tisu otot dan perbezaannya
Namakan 2 jenis tisu saraf
SEKIAN..