SEKOLAH KEBANGSAAN TITIAN BINTANGOR 71150 LINGGI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NBA3023 Tel/Faks: 06-696 7808 Ruj Kami : Tarikh :
Februari 2018
KAMPUS ASTRO Measat Broadcast Network System
ADUAN KEROSAKAN PADA DEKODER KAMPUS ASTRO Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, SK Titian Bintangor adalah antara sekolah yang telah menerima sumbangan dari pihak ASTRO berupa perkhidmatan talian KAMPUS ASTRO. Namun demikian, sejak dari tahun 2017 pihak sekolah telah mengalami masalah dengan perkhidmatan tersebut yang mana masalah yang timbul berpunca dari decoder ASTRO yang tidak lagi berfungsi. 3. Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak sekolah agar pihak tuan dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan pendidikan anak-anak di SK Titian Bintangor ini. Bersama-sama di sini disertakan sekali maklumat yang berkaitan untuk perhatian pihak tuan; i. Nama Sekolah
: SK TITIAN BINTANGOR 71150, Linggi, Negeri Sembilan Darul Khusus ii. Kod Sekolah : NBA3023 iii. No. Kad Pintar ASTRO : 011047607442 iv. No. Akaun ASTRO : 86809513 3. Amatlah diharapkan dengan perhatian dan kerjasama tuan puan akan dapat membantu mengaktifkan semula perkhidmatan KAMPUS ASTRO di sekolah ini. Sekian, terima kasih. ” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, .................................................... ( MARZELINA BINTI A. MAJID ) b.p. Guru Besar SK. Titian Bintangor s.k: 1) Fail Sekolah 2) Fail Kampus ASTRO