Dipetik dari Tulisan Mohamed Yosri Mohamed Yong tahun 2002 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (Tun Hussein Onn) Perdana Menteri Ketiga (1976-1981) "Penyambung Warisan Yang Terbilang" Era Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah anakanda kepada Allahyaraham Dato' Onn bin Jaafar yang memimpin ke arah penubuhan UMNO, malah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sendiri adalah salah seorang pengasas UMNO. BIODATA Nama Penuh : Hussein bin Dato'Onn Tarikh Lahir : 12 Februari 1922 Tempat Lahir : Johor Bahru Ibu Bapa : Dato' Onn Jaafar dan Datin Halimah Tempoh Berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia : 5 Tahun Tarikh Meninngal Dunia : 29 Mei 1990 Tempat Persemadian : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur Pendidikan Awal : 1) English College(kini Maktab Sultan Abu Bakar),Johor Bharu 2) Menamatkan Senior Cambridge selepas Perang Dunia meletus Penglibatan dalam tentera : 1) Pasukan Tentera Johor(Johor MIlitary Forces) 2) Latihan Ketenteraan di Tentera Sandhurst Dehra Dun, India. 3) Menyertai Rejimen Hyderabab ke-19 4) Aktif dalam peperangan di Mesir,Iraq dan Syria Kemudiannya Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menjadi ahli Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dihantar ke beberapa tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semangat Allahyaraham Datuk Onn b Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudian menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Allahyaraham Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO. Disamping penglibatannya dalam politik, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor. Walau bagaimanapun penglibatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari UMNO, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya meninggalkan alam politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958. Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan
mempunyai 6 orang anak.Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang DiPertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Walaupun Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan atas kebolehan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969. Peranan Dan Sumbangan Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'. Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS. Keistimewaan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang pemimpin. Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini. Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
https://ml.idoub.com/doc/3972558/Bapa-Perpaduan
rencana ARKIB : 09/07/2007
Rakaman sumbangan Bapa Perpaduan Oleh SALMAH ZAINAL ABIDIN
SUATU hal yang menambat hati saya kepada tokoh dan negarawan ini ialah minatnya yang begitu mendalam terhadap buku dan amalannya yang kuat membaca. Kegemaran utamanya ialah membaca buku, suatu amalan yang memenuhi segenap masa lapangnya sehingga ke akhir hayatnya. Beliau dikatakan sering berjalan dari sebuah kedai buku ke sebuah kedai yang lain selama beberapa jam semata-mata untuk membeli buku. Setiap malam sebelum tidur, beliau akan meluangkan masanya untuk membaca. “Saya suka membaca buku-buku politik, kadang-kadang cerita perang. Tapi saya tidak begitu berminat membaca buku-buku kisah cinta,” demikian kata Tun Hussein seperti dicatatkan pada halaman lapan dalam buku bergambar, Tun Hussein Onn: Bapa Perpaduan/Father of Unity ini. Pelbagai peristiwa dalam kehidupan negarawan dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga disusun dalam lima bab menarik bertemakan salasilah zaman awal, kerjaya dan penglibatan awal dalam politik, era menteri dan Timbalan Perdana Menteri, era Perdana Menteri dan Tun Hussein Onn dalam kenangan. Pada usia semuda 27 tahun, Hussein Onn telah terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama pada tahun 1949. Kata-kata azimat beliau dan menjadi dasar perjuangan Pemuda UMNO ketika itu dan patut menjadi renungan barisan pemuda pada hari ini ialah “Bekerja menolong diri sendiri, bekerja menolong kampung, bekerja menolong tanah air dan bekerja menolong bangsa.” Dengan cogan kata “Pemuda Harapan Bangsa” Hussein Onn berjaya menerajui barisan Pemuda UMNO dengan amat berkesan sungguhpun tempoh kepimpinannya dalam gerakan pemuda itu agak singkat apabila dilantik pula menjadi Setiausaha Agung UMNO pada usia 28 tahun. Mempertahankan
Pada tahun 1970, Hussein Onn dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak dan langkah ini memeranjatkan banyak pihak memandangkan singkatnya penglibatan beliau dalam kerajaan namun Tun Razak mempertahankan keputusan beliau dengan mengatakan, “Tidak ramai orang yang sanggup menjadi Menteri Pelajaran. Tetapi saya percaya Datuk Hussein Onn, orang yang tepat bagi jawatan itu, seorang yang faham akan kemajuan dan masalah-masalah khusus negara.” Selama menjadi Perdana Menteri, Hussein Onn memastikan bahawa beliau tidak dibayangi oleh sesiapa dalam pentadbiran negara. Kata-katanya yang lebih mementingkan negara dalam setiap tindakannya dan akan sentiasa dikenang berbunyi: “Saya bukanlah orang penting dalam negara, tetapi yang penting ialah apa yang saya buat untuk negara.” Tun Hussein Onn telah berusaha keras agar setiap hasrat dan matlamat Dasar Ekonomi Negara dicapai. Beliau juga bekerja kuat demi mengukuhkan perpaduan kaum di negara berbilang bangsa dan agama ini. Apabila dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau memastikan perpaduan menjadi agenda utama dalam dasar kerajaan. Kepada beliau, perpaduan kaum adalah prasyarat bagi kemajuan Malaysia. Buku ini disulam antara teks dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan pelbagai gambar yang menarik, berwarna dan hitam putih. Seluruh gambar yang dipaparkan dalam buku ini menggambarkan bahawa Tun Hussein telah mengabdikan seluruh hidupnya demi perpaduan kaum di Malaysia, sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Banyak episod dalam kehidupan politik beliau diabadikan dalam buku yang amat bernilai sejarah ini. Seiring dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara dan rasa kecintaan rakyat terhadap negara Malaysia, sewajarnya seluruh rakyat dari segenap lapisan memiliki buku Tun Hussein Onn: Bapa Perpaduan/Father of Unity yang menonjolkan sumbangan Tun Hussein yang besar khususnya dalam perpaduan negara. Juduljudul bab buku ini telah berjaya menampilkan sumbangan dan ketokohan Tun Hussein, negarawan yang disayangi semua, menjadikan buku ini sebuah lagi dokumentasi penting barisan tokoh negara yang ulung. Buku ini amat baik untuk dijadikan bahan rujukan kerana ia memaparkan secara kronologi keperibadian, persekolahan dan pengajian, kerjaya dan kepimpinan tertinggi Tun Hussein Onn
serta diperkukuhkan pula dengan rakaman foto-foto yang amat tinggi nilainya. Kongsi Konten di :
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2007&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive#ixzz 43b9NguUY © Utusan Melayu (M) Bhd
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2007&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hi ve
Sejarah Tun Hussein Bin Dato' Onn
Tun Hussein bin Dato’ Onn (1922 – 1990)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengguna pakai nama seorang tokoh negarawan Malaysia yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga (1976-1981). Putera sulung, Dato’ Onn bin Jaafar dan Datin Halimah binti Hussein ini diputerakan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan menerima pendidikan sekolah rendah di Singapura dan peringkat menengah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru. Setelah tamat persekolahan, beliau menyertai Angkatan Tentera Timbalan Setia Negeri Johor sebagai pegawai kadet sehingga dipilih menyertai Akademi Tentera India, Dehradun, sebuah akademi latihan ketenteraan yang tersohor dalam empayar British ketika itu.
Selepas ditauliahkan dalam tahun 1942, bermulalah karier Tun Hussein dalam perkhidmatan tentera Regimen Hyderabad di India dan seterusnya berkhidmat di Timur Tengah meliputi Mesir, Syria, Palestin dan Iraq dengan menyandang pangkat Kapten. Dengan semangat keperwiraan, beliau juga bertanggungjawab untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penaklukan Jepun bersama-sama dengan tentera India dan British ketika itu. Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, perkhidmatan beliau diteruskan sebagai pengajar di Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya (‘Malayan Police Recruiting and Training Centre’) Rawalpindi, India dan kemudiannya dilantik sebagai Komandan Depot Polis Malaya, Johor Bahru pada tahun 1945. Kecemerlangan dalam perkhidmatan tentera diteruskan dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu apabila beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Segamat, Johor. Malah beliau juga pernah mencurah khidmat bakti sebagai Pegawai Daerah di Klang dan Kuala Selangor. Namun begitu, beliau meletakkan jawatan untuk menyertai politik dengan dilantik sebagai Ketua Pemuda pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (UMNO) dalam tahun 1949 dan setahun kemudian (1950) dilantik sebagai Setiausaha Agung parti tersebut. Di samping itu beliau juga menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor. Apabila ayahandanya keluar daripada UMNO dalam tahun 1951 dengan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independent Malaya Party, IMP), beliau juga mengambil langkah yang sama. Setelah IMP tidak mendapat sambutan, beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di Lincoln’s Inn, London sehingga lulus sebagai peguam bertauliah dan berkhidmat di Firma Skrine and Company, Kuala Lumpur. Tun Hussein mendaki kejayaan demi kejayaan dengan pantas setelah menyertai semula UMNO dengan memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru Timur dalam pilihan raya umum tahun 1969. Pada 22 September 1970 beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dengan membawa idea-idea baru seperti meletakkan syarat lulus bagi subjek Bahasa Malaysia dalam peperiksaan awam ke arah membentuk identiti bangsa dan membina perpaduan di kalangan rakyat, sistem kuota diperkenalkan bagi kemasukan ke kursus ikhtisas di universiti tempatan dan memulakan langkah ke arah penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Tangga kejayaan didaki oleh beliau apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 dan seterusnya sebagai Perdana Menteri pada 15 Januari 1976. Tun Hussein telah meneruskan dasar-dasar kepimpinan Tun Abdul Razak yang merupakan teras kepada pembangunan negara. Malah bagi mengukuhkan dasar terdahulu, beliau telah melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dalam tahun 1981 yang bertujuan meningkatkan ekuiti bumiputera untuk menikmati kemakmuran ekonomi negara selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Di samping itu, beliau telah melancarkan Rukun Tetangga, Lembaga Perpaduan Negara, Koperasi Usaha Bersatu, Rancangan Malaysia Ketiga termasuk menghadapi ancaman dadah dengan merasmikan PEMADAM dan anasir komunis dengan mengukuhkan angkatan bersenjata sebagai benteng kedaulatan negara. Tun Hussein memiliki personaliti cermat, teliti dan berdisiplin telah berjaya memainkan peranan yang signifikan dalam menangani masalah yang mengancam keselamatan negara. Beliau tidak akan bertolak ansur terhadap unsur-unsur yang mengancam keamanan, keharmonian dan kestabilan atau dengan kata lain keamanan negara digugat oleh anasir-anasir subversif. Malah perwatakan yang sederhana yang disulam dengan pendekatan yang tegas telah memperlihatkan keikhlasan beliau memperjuangkan perpaduan di Malaysia. Gelaran ‘Bapa Perpaduan’ sangatlah sesuai seperti mana akronim huruf pangkal nama beliau, ‘HUSSEIN’ yang menjelaskan ciri-ciri perpaduan yang hendak dicapai dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Akronim di bawah menjelaskan ciri-ciri tersebut; H
Harmony
U
Unity
S
Security
S
Survival
E
Efficiency
I
Integrity
N
National
Tun Hussein telah meninggalkan jasa yang menjadi teras dalam pentadbiran Perdana Menteri selepas beliau yang menekankan nilai amanah, bersih, integriti dan lain-lain ke arah masa depan yang cemerlang. Tanggal 29 Mei 1990 beliau kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung di Daly City, California, Amerika Syarikat dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Al-Fatihah. Terakhir dikemaskini ( Selasa, 19 Januari 2010 )
http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/500/269/lang,ms/ Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia. Semasa pemilihan UMNO beliau telah dipilih menjadi Presiden UMNO dengan menang tanpa bertanding pada 1978. Dalam soal luar negeri, seperti juga pemimpin-pemimpin sebelumnya, Tun Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar, termasuklah negara-negara Barat dan anggota ASEAN.
Tun Hussein Onn amat menitikberatkan soal perpaduan dalam kerajaannya. Beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli UMNO supaya menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis.
Ketika menjadi Perdana Menteri, Tun Hussein telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sebagai seorang bekas tentera, Tun Hussein mahir tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan, malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan yang berjaya.
Tun Hussein akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasardasar dan program-program yang diketegahkannya lebih kepada menyambung usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya seperti melaksanakan DEB.
Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Tun Hussein berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Tun Hussein melancarkan Rancangan Malaysia yang ke-4 (RMK4) pada bulan April 1981. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Dalam sejarah, Tun Hussein akan sentiasa dikenang sebagai ‘Penyambung Warisan yang Terbilang’. Tun Hussein juga dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia.
Tun Hussein menyerahkan tugasnya kepada Tun Dr. Mahathir. Tun Hussein meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein juga menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.
Allayarham Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.